Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya). Al-Anbiyaa' 21:37
ALLAH berfirman bahawa kita manusia bersifat terburu-buru
-maka hendaklah kita mohon kepadanya semoga dapat bersabar dalam segala hal
dan ALLAH memberi amaran supaya jangan minta disegerakan (kedatangannya)
-tindak tanduk kitalah yang mengundang kemurkaan ALLAH SWT kerana banyak mengikut nafsu daripada mengikut kehendak ALLAH dan RASUL
Dan (kerana tabiat terburu-burunya) mereka berkata: "Bilakah berlakunya janji azab itu, jika betul kamu orang-orang yang berkata benar?". Al-Anbiyaa' 21:38
-dangkalnya manusia ,terang-terangan ALLAH memberitahu bahawa kita ini bersifat terburu-buru
tidak mahu pula selaraskan kehendak diri mengikut kehendak ALLAH
-malah sampai peringkat mencabar ALLAH SWT dengan bertanya 'bilakah berlakunya janji azzab itu'
Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api neraka dari muka dan belakang mereka, dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata demikian). Al-Anbiyaa' 21:39
-maka orang-orang kafir itu ialah golongan muslimin dan muslimat yang ingkar akan perintah ALLAH dan RASUL sebenarnya
dan jika kita inginkan pertolongan seperti firman ALLAH pada ayat 39 diatas
ikhlaslah dalam setiap perkara hanya mengharapkan rahmat dan redha ALLAH semata-mata
pasti akan ada pertolongan daripada ALLAH SWT
samada kita sedar ataupun tidak
tingkatkanlah tauhid kita kepada ALLAH dengan sebenar-benar tauhid
tanpa menyekutukan ALLAH dengan apa sekali pun hatta dengan diri kita sendiri
perbanyakkanlah mengingati ALLAH dengan perkara sunat atau wajib
dan zikrullah kalimah tauhid di dalam hati
selawat ke atas MUHAMMAD SAW
dan juga istigfar
in sya ALLAH
0 comments:
Post a Comment