Monday, 30 November 2015

1 garablah



tugas para nabi dan para rasul
ialah menyampaikan seruan tauhid daripada ALLAH
kepada umat manusia dan jin
supaya mentauhidkan ALLAH SWT

apabila ujudnya tauhid maka akan ada ikhlas
lil lah hi ta'ala di dalam setiap perkara
ikhlas adalah kunci segala-galanya

oleh itu pada zaman sekarang
jika masih ada sesiapa yang mengajak
kepada tauhid
yang berlandaskan al quran dan hadis
maka garablah ..
kerana pasti ianya benar

sentiasalah perbaiki niat di dalam setiap perkara
yakinlah hanya ALLAH yang berkuasa ke atas setiap sesuatu
ikhlas yang mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH SWT semata-mata

mengingat ALLAH itu terbahagi kepada dua
1-dengan melaksanakan perkara yang wajib
2-melakukan perkara-perkara yang sunat

perbanyakkanlah mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan
kalimah tauhid ,selawat dan juga istigfar
dengan penuh keikhlasan

1 comments:

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates