Aku menjaga solat ...
adakah bererti aku sudah mentauhidkan Allah
mentauhidkan Allah bukan sekadar zikrullah kalimah tauhid
ianya mesti di zahirkan dengan perbuatan
Iaitu sentiasa selaraskan kehendak kita mengikut kehendak Allah swt
tidak mengutamakan kehendak nafsu sendiri dahulu sebenarnya
Bererti ....
adakah kita sentiasa mengingati Allah di dalam setiap hal
adakah kita sentiasa mengaitkan setiap kejadian dengan ketentuan Allah
Jerebu ,adakah indonesia yg kita persalahkan
atau kita menjadi gusar kerana Allah tidak mengizinkan kita melihat keindahan langit ciptaanya
Surah Ar-Rad, Verse 2:
اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Tuhanmu.
Atau kita anggap jerebu itu perkara biasa sahaja ...
Bagaimana pula dengan ayat di bawah
Surah Aal-e-Imran, Verse 191:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
Hari ini ...
langit yang biru kelihatan semula dengan keindahanya
apa pula tanggapan kita ...
adakah perkara biasa juga atau terharu dan bertambah
nak mensyukuri kepada Allah swt
In sya Allah ...marilah kita mentauhidkan Allah
dengan sebenar benar tauhid tanpa menyekutukanNya
Ingatlah Allah di dalam perkara wajib ataupun sunat
dan zikrullah kalimah tauhid ,selawat dan istigfar
penuh keikhlasan ,mengharapkan hanya rahmat dan redha Allah semata
0 comments:
Post a Comment