Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al-A'raaf 7:172)
tahukah kita bahawa semasa alam roh ,roh kita telah membuat perjanjian dengan ALLAH SWT
ayat diataslah nasnya ...
tadaburlah Al Quran baru kita dapat maklumat ini ...
roh kita mengakui bahawa ALLAH tuhan
kerana ketika itu tiada ganguan atau bisikkan syaitan
akan tetapi apabila kita besar dewasa akil balikh
kita berani meningkari perintah ALLAH dan RASULNYA
malah kita menyekutukan ALLAH
syirik kepada ALLAH
menduakan ALLAH
meletakkan selain ALLAH yang paling tinggi di dalam hati
bahkan banyak sembahan-sembahan lain yang paling tinggi di dalam hati kita
jagalah amanah kita yang ALLAH beri pinjam
iaitu hati
kerana hati itulah yang akan dinilai kelak oleh ALLAH SWT di akhirat
jangan biarkan nafsu umarah menguasai hati
jangan biarkan bisikan yang tidak berlandakan Al Quran dan Hadis membisik di dalam hati
jadikan ikhlas sebagai kunci
zikrullah sebagai makanan hati
solat fardu tiangnya
dan amalan sunat untuk menutupi yang kurang
pastikan ALLAH SWT yang paling tinggi di dalam hati kita
dengan melazaimkan hati sentiasa berzikir la'illa ha'illallah muhammada rasullallah
di selangi dengan selawat ke atas Muhammad SAW apabila hati gudah gulana
dan istigfar
sentiasalah memelihara niat di dalam setiap perkara
hanya kerana ALLAH lilah'hi ta'alaa
mengharapkan rahmat dan redha ALLAH semata
yakin bahawa hanya ALLAH yang berkuasa keatas sesuatu
tiada kuasa selain ALLAH
dan ikhlas
tauhid kepada ALLAH SWT itu mesti dicari
0 comments:
Post a Comment