Daripada Abu Sufian ya`ni Sahri ibni Harbin RA
dalam ceritanya yang panjang lebar berhubung dengan kisah Hirqal (Raja Rom).
Tanya Hirqal, “Apa yang diperintahkan kepada kamu (ya`ni Nabi SAW) ?
” Jawab Abu Sufian : Dia (ya`ni Nabi) berkata
“Sembahlah Allah Yang Esa dan jangan menyekutukannya (Allah) dengan sesuatu apa pun. Tinggalkan semua ajaran nenek moyang kamu dan dia (Nabi) menyuruh kami bersembahyang, bercakap benar, memelihara diri daripada kemungkaran dan menghubungkan silatul rahim.”
Serta marilah kita bersungguh sungguh mentauhidkan ALLAH SWT
dengan penuh keikhlasan memperbanyakkan kalimah tauhid di dalam hati
la'illah ha'illallah muhammada rasullallah
dan berdoa agar ALLAH SWT mendatangkan pembangkit akhir zaman (Imam Mahdi) dalam membantu seluruh umat islam menangani apa yang terjadi sekarang agar sama sama dapat mengembalikan kegemilangan islam. Iaitu agama ALLAH di muka bumi.
in sya allah ...
0 comments:
Post a Comment