kerosakkan ummah bermula dari rosaknya ulama
'ulama pewaris nabi'
apakah sebenarnya yang di wariskan oleh Baginda Nabi SAW kepada ulama dan ummah ?
Baginda Nabi SAW tidak tinggalkan harta benda ,wang ringgit dan perhiasan kepada ulama
Baginda Nabi SAW tidak tinggalkan pangkat ,status ,kedudukkan ,kemegahan dan kebanggaan diri untuk para ulama untuk mewarisinya
yang mulia Baginda Nabi SAW hanya meninggalkan risalahnya
iaitu
Tauhid kepada ALLAH SWT
Al Quran dan sunnah Baginda
kata kata 'ulama pewaris nabi'
tidak menjamin seseorang ulama itu akan terus berada di jalan yang lurus
mereka juga tertipu dan terpedaya dengan perhiasan dunia
justeru itu disebutkan di dalam hadis tentang akhir zaman
bahawa akan datang masanya di mana waktu itu sejahat jahat manusia di bawah kolong langit ini adalah ulama
itulah salah satu tanda tanda kiamat kecil
عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ; قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ; يُوْشِكُ أَنْ يَأْتِيَ عَلىَ النَّاسِ زَماَنٌ لاَ يَبْقَى مِنَ الْاِسلاَمِ إِلاَّ اِسْمُهُ وَلاَ يَبْقَى مِنَ الْقُرْآنِ إِلاَّ رَسْمُهُ مَساَجِدُهُمْ عاَمِرَةٌ وَهِىَ خَرَابٌ مِنَ الْهُدَى. عُلَماَؤُهُمُ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيْمِ السَّماَءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ الْفِتْنَةُ وَفِيهِمْ تَعُوْدُ
"Sudah hampir tiba satu zaman kala itu tiada lagi Islam kecuali hanya nama, tidak ada Al Quran kecuali hanya tulisan, masjid mereka indah tapi kosong dari hidayah, ulama' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong langit dari merekalah keluar fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali".
(HR Al Baihaqi)
(HR Al Baihaqi)
perkataan ulama seperti yang kita faham ialah orang yang berpengetahuan agama ,berkhidmat dengan pemerintah dan menjawat sesuatu jawatan agama dengan autoriti atau
orang berpengetahuan agama yang bergabung dengan parti berlabelkan politik
ulama yang berjawatan dengan pemerintah ,riak dan takabur dengan kuasa duniawi mereka
ulama parti islam pula ,riak dan takabur kerana parti mereka disokong ,dipuja dan dikagumi manusia
kedua duanya ada persamaan iaitu 'kami ahli syurga'
bagaimana pula dengan ahli agama yang berdakwah dan berpegangan demi islam agama ALLAH tanpa jawatan ,tanpa autoriti ,tanpa berpihak pada mana mana parti
mereka ini bukan ulama kah ?
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
bukankah sangat jelas pada ayat di atas
bahawa ulama itu mewarisi tugas dan amanah para nabi dan rasul iaitu
memperingatkan manusia dengan titah perintah dan larangan ALLAH SWT melalui al quran dan sunnah
dan demi sesungguhnya di kemuncak hidup ini mereka pasti akan disoal ,ditanya dan dihisab di mahkamah agong ALLAH SWT
yang akhirnya mereka pasti akan mendapat penyesalan dan kerugian yang berkekalan atau kejayaan dan keuntungan yang kekal abadi
adakah ulama hanya memperingatkan manusia kerana mereka ada jawatan ,ada habuan dan autoriti
bila semua itu sudah tiada maka mereka hanyalah orang orang yang bisu
adakah ulama memperingatkan manusia selama mana peringatan itu tidak menjejas tembolok ,kantong dan periuk nasi mereka
kalau terjejas mereka akan memilih sikap berkecuali dan berlepas diri
bagaimana pula dengan keadaan ulama yang bermati matian percaya bahawa dajjal itu adalah raksaksa bermata satu
benda yang paling mengarut dan tidak logik untuk di percayai
bagaimana pula keadaan ulama yang hidup dengan limpahan rahmat dajjal ?
bagaimana pula keadaan ulama yang mendakwa tauhid kepada ALLAH SWT
akan tetapi menolak al quran dan hadis
tidakah ulama itu semestinya orang yang takwa dan ikhlas kepada ALLAH SWT
dan menjadi contoh tauladan dalam perkara mentaati perintah ALLAH serta menjauhi laranganNya
di manakah mereka hari ini
sedang ummah menanti nanti untuk mengambil suri tauladan dari mereka
kerana mereka mendakwa mereka 'pewaris para nabi'
Baginda Nabi SAW mengajak manusia mentauhidkan ALLAH SWT dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada ALLAH SWT
ulama hari ini mengajak manusia kepada apa ?
ajak manusia sokong pemerintah mereka atau parti mereka
berparti itu tidak salah ,asalkan kembali kepada al quran dan hadis
persoalannya
adakah mereka ini berpegang kepada al quran dan hadis
tak hairanlah ummah semakin rosak
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(A-li'Imraan 3:102)
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : :
Wasiat Nabi صلى الله عليه وسلم kepada Muadz bin Jabal رضي الله عنه , “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.”
Wasiat Nabi صلى الله عليه وسلم kepada Muadz bin Jabal رضي الله عنه , “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.”
(Ahmad, At-Tirmidzi)
0 comments:
Post a Comment