Assalamuailaikum. ..
Sama samalah kita hayati dan renungkan akan kejadian yang berlaku di arafah baru baru ini akan kejadian hujan. Ribut taufan yang rasanya julung kalinya berlaku terutama di padang arafah.
WUKUF di arafah adalah merupakan RUKUN haji yang penting dalam ibadah haji bagi seorang yang melaksanakan ibadah haji. Tiada WUKUF maka tiadalah haji bagi diri kita.
Berada di sana Allah tidak menilai kita siapa kita di sisi manusia sama ada Pangkat ,Darjat ,Keturunan Kekayaan dan sebaliknya.
Allah menilai kita akan keiklasan.
Tauhid kita padanya.
Amalan kita yang dilakukan mengikut akan Al Quran dan Sunah.
Keyakinan kita kepadanya.
Kenapa Allah turunkan hujan serta ribut sedemikian rupa yang rata rata kita ada melihatnya di mana hanya tingal beberapa hari lagi hari yang terpenting untuk jemaah haji akan tiba..
sedangkan Allah tahu WUKUF merupakan hari yang penting untuk semua umat islam yang menunaikan ibadah haji.
bukankah itu satu petanda atau peringatan untuk kita semua.
Cuba kita bayangkan sekiranya kejadian itu berterusan apa akan jadi pada jemaah haji tahun ini...
bukannya kita minta akan berlaku berterusan tetapi pada saya ada sesuatu yang Allah hendak memperingatkan kita semua.
Hanya sedikit hujan dan ribut yang melanda kita lihat ramai di antara kita panik dan risau.
Di dalam masa yang sama cuba kita hayati kejadian yang berlaku kepada saudara kita yang berada di Mesir Syria. Dimana mereka menghadapi peperangan umat islam di bunuh di mana mana dengan amat kejam sekali. Sedangkan mereka beragama islam seperti kita.
Kenapa Allah tidak menghantar tenteraNya untuk membantu
atau menghantar sesorang pembangkit akhir zaman untuk sama sama berjuang dalam mempertahankan umat islam di sana atau di tempat lain yang menghadapi peperangan.
Adakah apa yang berlaku di sana juga satu musibah dari Allah dan peringatan untuk kita semua dan seluruh umat islam di seluruh dunia atas sikap kelalaian umat islam yang rasanya sudah jauh lari dari mengikut landasan Al Quran dan Sunnah.
Marilah kita sama sama kekukuhan tauhid kita keluarga serta masyarakat dan pada semua umat dengan bersungguh sunguh memperbanyakkan mengingat Allah dengan mengamalkan zikir lailahaillallah humuhammadarasulla..istifar serta selawat.
Disamping mengamalkan apa yang terkandung di dalam al Quran dan hadith sebagai panduan hidup kita seharian.
Agar dengan cara ini hati kita serta penyatuan ummah dapat dibentuk.
Bukan dengan cara politik dan sebagainya.
Sebagai orang awam apa yang boleh kita bantu untuk saudara kita di mesir dan Syria ialah
nak berperang belum tentu kita berkemampuan ....
Kekuatan yang berada di jiwa jiwa rakyat Malaysia tidak sama seperti penduduk di sana yang mempunyai kekuatan luar biasa dalam berjuang untuk mengembalikan kegemilangan islam di muka bumi..
dengan kemudahan yang ada seperti internet dan sebagainya marilah kita sama sama dalam menyebarkan serta memperingatkan semua umat manusia.
Serta marilah kita bersunguh sunguh berdoa agar kita mempunyai kekuatan dan Allah mendatangkan sesorang pembangkit akhir zaman dalam membantu seluruh umat islam dalam menangani apa yang terjadi sekarang agar sama sama dapat mengembalikan kegemilangan islam. Iaitu agama ALLAH di muka bumi.
-perkongsian dari seorang sheikh-
0 comments:
Post a Comment