Monday, 19 August 2024

0 Kekal Pada Jalan AL Quran Dan Hadis Saheh

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Hud 11 ,112 

"Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertobat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat terhadap apa yang kamu kerjakan."


Kisah Sayyiduna Abdullah bin Mas’ud R.Anh

“Daripada ‘Alqamah, bahawa sekumpulan orang telah mendatangi Abdullah bin Mas’ud lalu mereka berkata: Kami mendatangi kamu untuk bertanya tentang seorang lelaki yang berkahwin dengan golongan kami, tetapi tidak membayar mahar dan Allah takdirkan kedua-duanya tidak pernah bersama (bersetubuh) sehingga lelaki itu meninggal dunia. Lalu Abdullah (Ibn Mas’ud) berkata: Aku tidak pernah ditanya mengenai suatu soalan pun yang lebih sukar semenjak kewafatan Rasulullah SAW berbanding soalan ini, maka kamu carilah orang lain selainku. (Setelah itu) mereka berulang kali menemui beliau sehingga sebulan lamanya, kemudian mereka berkata kepadanya pada akhirnya: Siapa lagi yang kami mahu bertanya jika kami tidak bertanya kepada kamu sedangkan kamu merupakan saki baki para sahabat Rasulullah SAW di negeri ini dan kami tidak ketemu (sahabat) selainmu. Lalu Ibn Mas’ud menjawab: Aku akan berikan jawapan mengenainya berdasarkan upaya ijtihadku. Sekiranya ia benar, maka ia daripada Allah. Sekiranya ia salah, maka ia daripadaku. Sedangkan Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripadanya (yakni kesalahan tersebut). Aku berpendapat bahawa dibayar ke atasnya (isteri tersebut) sebagaimana mahar wanita daripada kaumnya (seperti adik beradik dan kaum kerabatnya)… tanpa dikurangkan, tanpa dilebihkan, baginya juga harta pusaka (suaminya) dan ke atasnya iddah selama empat bulan sepuluh hari…” 

Riwayat Ibn Hibban 4101


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates