بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Surah Yusuf 12, 53:
"Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang.""
Riwayat al-Bukhari 5999
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab R.A, bahawa Nabi SAW telah dibawa seorang tawanan di mana ia adalah seorang perempuan yang sedang menyusu. Maka apabila didapatinya terdapat seorang kanak-kanak dalam kalangan tawanan tersebut, lantas diambilnya, dipeluk dan disusukannya.
Nabi SAW bersabda kepada kami:
“Menurut kamu adakah perempuan seperti ini sanggup mencampakkan anaknya ke dalam api?” Kami jawab, “Tidak mungkin kerana dia mampu untuk tidak mencampakkannya.” Maka sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya melebihi kasih sayang seorang ibu ini terhadap anaknya.”
-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.
Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir
0 comments:
Post a Comment