Thursday, 23 May 2024

0 Binalah Takwa

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-A'raf, 96:

"Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan."


Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2141.

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami Khalid bin Mukhallad; mewartakan kepada kami 'Abdullah bin Sulaiman, dari Muadz bin 'Abdullah bin Khubaib, dari ayahnya, dari pamannya, dia berkata: "Pada suatu hari, kami berada dalam sebuah majlis. Lalu Nabi saw. datang, sedangkan di kepalanya ada bekas air. Maka salah seorang diantara kami berkata: " Kami melihatmu begitu cerah hari ini, -ya Rasulullah-. " "Ya, Al-Hamdulillah." Jawabnya. Kemudian orang-orangpun tenggelam dalam pembicaraan mengenai kekayaan. Maka beliau berkata :"Tidak mengapa dengan kekayaan bagi orang yang bertakwa. Dan kesihatan itu lebih baik daripada kekayaan bagi orang yang bertakwa. Dan hati yang cerah (lapang) itu termasuk kenikmatan." Daiam Az-Zawa-id: Isnadnya sahih, dan para perawinya terpercaya.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates