Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Umar bin Al Khattab berjalan menyusuri makam nabi Ibrahim bersama Rasullallah saw ,lalu dia bertanya : "Wahai Rasullallah ,apakah kita tidak mendirikan solat di tempat solatnya kekasih ALLAH swt ?"
Rasullallah menjawab : "Benar." Kemudian Umar berkata lagi : "Apakah kita tidak jadikan ia sebagai tempat solat."
Tidak lama selepas peristiwa itu turunlah ayat ini (Surah al Baqarah 2:125)
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
(Al-Baqarah 2:125)
(Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih dari 'Amr bin Maimun dari Umar bin Khattab)
Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
(Al-Baqarah 2:130)
Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa Abdullah bin Salam telah mengajak anak saudaranya ,Salamah dan Muhajir untuk memeluk islam dengan berkata : "Sesungguhnya kamu berdua telah mengetahui bahawa ALLAH swt telah berfirman di dalam Taurat ,bahawa DIa akan mengutus seorang Nabi dari keturunan Ismail yang bernama Ahmad .Barangsiapa yang beriman kepadanya ,maka dia t elah mendapat petunjuk dan bimbingan dan barangsiapa yang tidak beriman kepadanya ,maka dia akan dilaknat ."
Oleh itu Salamah telah memeluk Islam ,akan tetapi Muhajir telah menolak ajakan tersebut .
Maka turunlah ayat di atas (Surah al Baqarah 2:130) yang menegaskan bahawa hanya orang orang bodoh sahaja yang tidak beriman dengan agama Ibrahim .
(Diriwayatkan oleh Ibnu Uyainah)
Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".
(Al-Baqarah 2:135)
Dalam satu riwayat ada dikemukakan baawa Ibnu Syuria berkata kepad Nabi saw :"Petunjuk ini tidak lain kecuali apa yang kami anuti ,maka turutlah kami hai Muhammad supaya tuan mendapat petunjuk."
Di samping itu kaum Nasara berkata seperti itu juga .
Maka ALLAH swt menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah 2:135) untuk menegaskan bahawa Agama Ibrahim adalah agama yang bersih daripada perubahan yang boleh menimbulkan syirik.
(Diriwayatkan oleh Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
sumber rujukkan Asbabun Nuzul terbitan Victor Agencie
ms 57-59
0 comments:
Post a Comment