- Daripada Aisyah
Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi saw pernah kencing berdiri, maka janganlah
kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk. (HR al-Tirmizi, dan
beliau berkata: Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh
al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)
- Abdullah bin munzir telah meriwayatkan bahawa rasullallah saw telah bersabda :
"Hari jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi ALLAH swt .Ia adalah hari yang
lebih besar di sisi ALLAH daripada hari raya aidilfitri .Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu :
Penciptaan Adam ,pada hari itu juga dikeluarkan Adam dari syurga
Pada hari itu juga Adam wafat dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba
itu meminta sesuatu dari tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta
yang haram .Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun
di sisiALLAH azzajawajalla melainkan ia takut pada hari jumaat ,(tetapi) tidak langit dan tidak bumi
melainkan ia merasa kasih pada hari jumaat ."
- Hadis riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi
Hari Jumaat telah dipilih oleh ALLAH swt untuk dijadikan sebagai penghulu segala hari serta hari
yang paling utama dalam seminggu buat umat nabi Muhammad s.a.w. kerana pada hari inilah
banyak peristiwa besar telah berlaku, sebahagiannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis
di atas .Selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk
kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
- Daripada Abu Hurairah ra telah meriwayatkan :
Rasullallah saw telah bersabda :
"Sesungguhnya rasullallah saw sedang membicarakan tentang hari jumaat ,dan baginda bersabda :
Padanya (hari jumaat) terdapat satu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(ALLAH) yang
muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada ALLAH swt akan sesuatu ,melainkan
apa yang dipohonkannya itu diberikan kepadanya .Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang
diangkatkan"
jadi kesimpulan di sini yang aku ingin berkongsi ialah
betapa kita semakin meminggirkan dan tidak menitik beratkan pekara sunah
yang sengaja dikikis sedikit demi sedikit oleh yahudi tanpa kita sedari sebenarnya
tandas tandas bercangkung digantikan dengan tandas duduk
di dalam menyambut malam jumaat pula kita digantikan dengan 'saturday night fever'
padahal itulah malam yang paling disukai oleh rasullallah saw untuk beribadah
dan ALLAH swt juga menjanjikan pelbagai ganjaran bagi orang yang ikhlas pada malam itu
setakat manakah kita masih menyambut hari khamis (puasa) dan malam jumaat
sebagai malam yang dinanti nantikan seperti malam minggu kita hendak pergi 'clubbing'
aku berpesan kepada diri aku dan kepada pembaca
perbanyakanlah mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikrullah dan solat dengan ikhlas
moga kita akan dapat kekuatan melaksanakan pekara pekara sunah
wallahhualam
inshaallah ...
insyaAllah :)
ReplyDelete