Rasullallah saw bersabda "Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat .Cara membersihkannya adalah dengan mengingati ALLAHswt atau zikrullah"
"Qalbu berkarat kerana dua hal iaitu lalai dan dosa .Dan pembersihnya pun dengan dua hal iaitu istigfar dan zikrullah"
(HR.Ibnu Ab'id dun Al-Baihaqi)
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
aku berpesan kepada diri aku dan pembaca
sentiasalah kita mengingati ALLAH swt di dalam hati setiap masa dengan zikrullah atau solat
wallahhualam
inshaallah ...
sentiasalah kita mengingati ALLAH swt di dalam hati setiap masa dengan zikrullah atau solat
wallahhualam
inshaallah ...
0 comments:
Post a Comment