Tuesday, 6 March 2012

3 pekara pertama yang ditinggalkan




A184
(Puasa itu) beberapa hari yang tertentu (29 atau 30). Barang siapa yang sakit di antara kamu atau dalam perjalanan ,maka berpuasalah pada hari yang lain .Dan bagi orang-orang yang kuasa berpuasa ,tetapi amat berat melakukannya ,(wajib) memberikan fidyah ,(dengan memberi)  makan seorang miskin .Barang siapa mengerjakan sunat ,maka itu amat baik baginya .Dan berpuasa itu lebih baik bagimu ,jika kamu mengetahui .
(Al-Baqarah 2:184 


apabila aku lalai daripada mengingati ALLAH swt atau niat aku dah lari dari paksi keikhlasan 
inilah pekara pertama yang aku akan tinggalkan 
puasa isnin kamis aku akan jadi berat 
walaupun aku makan sahur


kerana jelas firman ALLAH swt dalam surah di atas 
bahawa puasa itu amat baik untuk kita jika hendak dekatkan diri kepada ALLAH swt 


oleh itu aku berpesan kepada diri aku dan pembaca pembaca 
sentiasalah kita menjaga niat di dalam setiap perbuatan kita ikhlas kerana ALLAH swt 
di samping mengingati ALLAH swt di dalam hati setiap masa 
dengan  zikrullah atau solat 


عن أمير المؤمنين أبى حفص عمر ابن الخطاب رضى الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته الى  ما هاجر اليه”. البخارى ومسلم.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a. katanya:  Aku mendengar Rasul Allah s.a.w. bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala berdasarkan kepada apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.

wallahhualam


inshaallah ...

3 comments:

  1. Salam tuan,

    Blog tuan dah pun dilinkkan dengan Mimpi Senja.

    Salam

    ReplyDelete
  2. I've been surfing online more than 2 hours today, yet I never found any interesting article like yours. It's prеtty ωorth еnough for me.
    In my opіnion, if all site owneгs and blоggers made good contеnt as you
    dіd, the intегnet will be a lot moгe useful than ever befoге.
    Have a look at my page : credit card processing quickbooks

    ReplyDelete
  3. Heу! This ρoѕt could not bе wrіtten any bеtter!
    Rеading through this post remіnԁs me of
    my pгеvіοus room mate! He аlwaуs
    keρt chatting about this. I ωіll foгwaгԁ
    this page to him. Fairly сertain hе wіll have
    а good reаd. Τhаnks for shаring!
    My site ; free-weight bodyweight cable

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates