Saturday, 22 December 2012

0 apa yang menjamin ?

Amalan zikir jamin puasa sempurna, dorong diri sentiasa berusaha untuk kebaikan PUASA adalah urusan peribadi seorang hamba dengan Allah. Begitu rahsia sifatnya kerana tiada siapa yang tahu apakah seseorang itu benar-benar berpuasa atau dia hanya berpura-pura. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Puasa juga berperanan membentuk kasih sayang dalam diri hamba kepada Allah. Ibadat yang istimewa itu berhasil mengajar kita mengenai rahsia ketundukan dan kesabaran di atas perintah-Nya. Bukan senang mendapat pahala puasa yang dijanjikan Allah. Entah-entah ibadat puasa itu mungkin rosak oleh pengaruh persekitaran dipenuhi gangguan hawa nafsu yang...

Sunday, 16 December 2012

0 periksa semula

hari ini 2 safar bererti sudah masuk bulan dua dalam tahun hijrah bagaimanakah pula dengan hijrah kita adakah masih dengan perangai lama ? yang banyak mengingkari perintah ALLAH dan RASUL atau kita sudah mula berubah sedikit demi sedikit untuk mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH dan RASUL dengan semampu yang mungkin terus memba...

Thursday, 13 December 2012

0 wujudkah perasaan takut ?

Orang yang tidak takut dengan Tuhan, dia akan mempertuhankan dirinya sendiri. Sekalipun mulutnya tidak membuat pengakuan. Sedangkan bersikap ketuanan pun satu kesalahan, betapalah bersikap ketuhanan tentulah lebih salah, kerana dia telah melakukan perbuatan syirik yang tersembunyi. – Abuya Sohibuzzaman Orang yang tidak takut dengan Tuhan, ia akan mempertuhankan dirinya sendiri. Sekalipun mulutnya tidak membuat pengakuan. Sedangkan bersikap ketuanan pun satu kesalahan, betapalah bersikap ketuhanan tentulah lebih salah, kerana dia telah melakukan perbuatan syirik yang tersembunyi. Di dunia hari ini, orang menilai masalah tidak sama....

Monday, 10 December 2012

0 Pengabaian

23 Ramadhan 1431H. Masjid Rawwas, Kaherah. Solat Tahajjud. Imam Dr. Khaled Abu Shady khusyuk membacakan ayat-ayat suci al-Quran.  Pada suatu ketika tiba pada ayat 27-30, surah al-Furqan, yang bermaksud:27. dan (ingatlah) pada hari orang-orang zalim menggigit kedua-dua tangannya (menyesali dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama Rasul.28. "Wahai celakanya aku! Alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu (syaitan atau orang yang menyesatkannya di dunia) menjadi sahabat karib.29. "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran)...

Thursday, 6 December 2012

0 Sukses Dalam Hidup ...

Dr. Kholid bin Abdul Karim Al-Lahim berkongsi di dalam bukunya Mafatih Tadabburil Qur’an wan Najah fil Hayah (Kunci Tadabbur Al-Qur’an & Sukses Dalam Hidup) 10 kunci untuk mentadabburi Al-Quran supaya ianya memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan kita. 1. Hati yang cinta pada Al-Qur’an Hati ada raja, dan alat untuk menghayati Al-Quran adalah hati, bukannya aqal. Sedangkan hati seringkali berbolak balik antara tarikan keimanan dan syaithan. Jika hati kita memang inginkan kepada Allah swt., signal-signal rabbani akan mudah untuk diterima walhal jika hati kita rosak akibat virus dunia, bagaimana mungkin signal-signal rabbani...

Saturday, 1 December 2012

0 bagaimana disiplin etika dan tata tertib

Disiplin itu maknanya etika atau tata tertib, dari segi syariat kita panggil Adab atau Akhlak dan dari sudut bahasa Melayu kita sebut Seni. Kita boleh gunakan ketiga-tiga bahasa ini. Disiplin atau Adab atau Seni ada 2 bahagian, ada jasad, ada roh, ada luar ada dalam (ada lahir ada batin) ada fizikal, ada Spiritual. Kalau di luar kita boleh nampak disiplin atau seni atau adabnya, macam mana pula yang dalam? Yang luar ini ramai yang boleh berlakon.Disiplin dalam atau batin atau spritual ini terbahagi kepada 3 bahagian juga iaitu:Disiplin Hati, Disiplin Akal dan Disiplin Nafsu.DISIPLIN HATIHati adalah tempat untuk rasa bertuhan, rasa kasih...

Tuesday, 27 November 2012

0 mesti dibendung agar tidak terus malap

MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia. Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman. Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.” Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat....
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates