Surah Ad-Dukhan, Verse 8:
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.
Surah Ad-Dukhan, Verse 9:
بَلْ هُمْ فِي شَكٍّ يَلْعَبُونَ
(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.
Inilah zamannya ALLAH membuka seluas luasnya perhiasan duniawi
Bagi sesiapa yang mentauhidkan ALLAH dengan ikhlas
In syaa Allah terpelihara daripada tipudaya duniawi
dan bagi yang tidak menyakini kebesaran ALLAH ,MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH
maka akan terus lalai mengejar keindahan duniawi
Tauhidkanlah ALLAH
dengan perbanyakkan mengingatiNya didalam hati لا اله الا الله محمد رسول الله
disamping menunaikan perkara wajib dan sunat
di sertakan juga اللهم صل على محمد وآل محمد
kerana ALLAH dan para malaikatNya juga berselawat ke atas MUHAMMAD SAW
dan ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ
Nabi SAW yang maksum masih mengucapkan istigfar
Inikan kita yang entah syurga atau neraka
Jangan kita beri ruang kepada umarah memperdaya kita supaya kufur kepada ALLAH
Tunaikanlah hak ALLAH dahulu ,utamakanlah hak ALLAH didalam kehidupan seharian kita
Jangan kita asyik melayan kehendak nafsu diri sendiri yang akan menjauhkan kita dari ALLAH
Sentiasalah berdoa moga ALLAH beri kekuatan dapat melaksanakan kehendakNya
Bersungguh sungguhlah melawan hawa nafsu umarah yang sentiasa mengajak kita kufur kepada ALLAH
'key' IKHLAS
buatlah hanya kerana ALLAH SWT
Syirik kepada ALLAH jangan sesekali
Hatta dengan diri kita sendiri