Monday, 14 January 2019

0 Keharusan menjaga



Semakin dekat hari kebangkitan
Semakin kita hilang keyakinan
Semakin kita asyik dengan duniawi
Semakin kita terlupa sedang melayan kehendak nafsu

Peka dengan keadaan sekeliling
Jangan sampai hilang fokus
Mencari rahmat dan redha ALLAH
Jangan sampai hilang fokus menjaga kebersihan hati
Jangan sampai hilang fokus tentang keIKHLASan

Tipudaya syaitan semakin halus
Perkara yang kufur
Akan dinampakkan baik
Hanya kita merasakan perbuatan itu baik
Walhal jika diteliti ianya mainan syaitan yang nak menjadikan kita kufur kepada ALLAH

Sentiasalah warak lebih berhati hati di dalam setiap perkara
Jadikan Al Quran dan Hadis soheh sebagai panduan

Jangan dilayan bisikkan dalaman
Banyakkan mengingati ALLAH di dalam hati dengan
Istigfar
Selawat dan kalimah tauhid
Jika ditimpa musibah
Perbanyakkan Innalilahhiwainnaillahirojiun

Kuncinya IKHLAS

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates