Assalamualaikum maaf dah lama tak update
Jangan kita lalai dengan dunia
Jangan kita anggap kejadian sekeliling kita hanya kebetulan
Jangan kita asyik menyalahkan keadaan
Jangan kita asyik mencari salah orang
Setiap kejadian itu pasti ada pengajaran untuk kita
Hanya kitalah menyedarinya atau tidak
Biasakan memulakan sesuatu dengan menyebut nama Allah
Bismillah dah memadai
Surah Al-Anaam, Verse 32:
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Surah Aal-e-Imran, Verse 191:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Itulah tauhid
Setiap detik mengingati Allah
Setiap perkara mengaitkan dengan kebesaran Allah
Setiap permasalahan kembali kepada Allah
Kita ini sangat lemah lagi pendosa
Janganlah sombong
Sombong sesama makhluk apalagi kepada Allah
Tauhid lah kepada Allah
Jangan syirik kepadaNya
Tunaikanlah solat fardhu
Dan perbanyakkan mengingati Allah di dalam hati dengan
Kalimah tauhid
Laa'illa haa'illallah muhammada rasullallah
Selawat dan istigfar
Kuncinya IKHLAS
Buat sahaja lillah hitaala