Tuesday, 12 November 2019

0 Ekonomi dan Tauhid dan Kebangkitan Islam

Alhamdulilah satu fenomena yang sihat ketika ini Di mana kita rakyat malaysia beragama islam dapat bersatu padu demi ekonomi islam Apabila sentimen agama digangu gugat Jihad ekonomi demi membantu saudara seislam yang berniaga kecil kecilan Secara tak langgsung dapat yang halalan lagi toyyiba Dan amat berkesan hingga ke hari ini Kerana selalu mereka kaitkan bahawa orang melayu ini hanya panas dua minggu sahaja Aku tahu kempen BMF ini masih berkesan kerana aku juga berniaga Maklum balas dari kedai kedai yang aku masukkan barang semuanya memberitahu bahawa permintaan kepada produk muslim masih tinggi Alhamdulilah sekali lagi Di atas kesedaran...
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates