UBAT COVID 19 DIJUMPAI
semua kita ketahui tentang musnahnya kaum² terdahulu kerana ingkari Allah & Rasul
Setiap Rasul di utus hanya untuk menyampaikan TAUHID
Diriwayatkan oleh Abdul Rahman ibn Abd al-Rabb, bahawa Baginda SAW bersabda:
إِنَّهُ لَمْ يَكُنْ نَبِيٌّ قَبْلِي إِلاَّ كَانَ حَقًّا عَلَيْهِ أَنْ يَدُلَّ أُمَّتَهُ عَلَى خَيْرِ مَا يَعْلَمُهُ لَهُمْ وَيُنْذِرَهُمْ شَرَّ مَا يَعْلَمُهُ لَهُمْ
Maksudnya: Tiada seorangpun Nabi sebelumku, kecuali menjadi tanggungjawab ke atasnya untuk menunjukkan jalan yang benar kepada umatnya, dan memperingatkan mereka akan jalan keburukan.
Sahih Muslim (1844)
Dan Al Quran pula hanya memberi khabar gembira atau ancaman
Surah An-Nisa, 165:
رُّسُلًا مُّبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Ketahuilah keadaan umat ketika itu, jika zaman Junjungan Besar Nabi Muhammad saw adalah zaman jahiliah kerana tidak menyembah Allah SWT
Mereka menyembah berhala secara nyata bererti tiada langsung itiqad mereka ketika itu pada kebesaran kekuasaan Allah
Setelah Rasullallah saw menyampaikan tauhid secara terang ada yang masih tidak terima atau menentang
Maka sedikit demi sedikit mereka ditimpa musibah berbagai bala bencana
Kaitannya pada kita hari ini, sedarkah kita adalah jahiliah moden
Islam ya, solat ya, zakat ya haji ya syahadah ya
Itiqad ?
Setakat mana itiqad kita pada Allah, tinggi mana Allah di dalam hati kita, perlaksanaan setiap perbuatan kerana Allah atau nafsu
Betul kita tidak sembah berhala tetapi kita menyembah nafsu di dalam diri kita sendiri, hanya kita yang tahu di mana kedudukan Allah di dalam hati kita samada tinggi atau rendah
Adakah tuntutan Allah dan Rasul yang akan kita tunaikan duhulu atau kehendak nafsu yang selalu kita utamakan di dalam kehidupan seharian
Tahukah kita yang kita harus selaraskan setiap kehendak kita seharian, mengikut kehendak Allah
Kuncinya ialah IKHLAS
Belum terlambat, mulalah mentauhidkan Allah penuh keikhlasan
Dengan menjaga solat fardhu dan zikrullah
Iaitu mengingati Allah setiap masa di dalam hati dengan
Lailaha illallah muhammada rasullallah
Selawat dan istigfar
Innalillahiwainailairojiun
ketika ditimpa musibah
Tegakkanlah sunah di dalam kehidupan
Amalkan Al Quran dan Hadis soheh
Pasti akan diangkat wabak covid 19 ini
in sya Allah
Tak kira apa pegangan aliran mazhab
Kembalilah dengan penuh kesungguhan hidupkan semula amalan yang benar² bersumber dari Al Quran dan hadis yang soheh
Tinggalkanlah amalan² yang jelas tidak diajarkan oleh Baginda Nabi saw
Bukti dan contoh Allah telah perlihatkan kepada individu² yang mengamalkannya
Dan pasti Allah akan perlihatkan kebesaranNya
Yakinlah pada Allah
Bergantunglah hanya kepada Allah SWT
Bermulalah dari diri kita sendiri dahulu mentauhidkan Allah
Kemudian ajaklah isteri dan anak² serta keluarga terdekat dan jiran tetangga serta masyarakat
in sya Allah ini lah sebenarnya ubat covid 19
#ikhlas
#tauhid
#itiqad
#alquran
#hadissoheh
#janganriakdantakbur