Friday, 29 December 2023

0 Harus Bayar

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah al-Baqarah: 282

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).


Hadith riwayat Muslim: (1886)

Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Wednesday, 20 December 2023

0 Hanya Dua Boleh Bersyukur

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Luqman, 14:

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 1722.

Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Yahya bin Said menceritakan kepada kami dari Sufyan dan Syukbah dai Habib bin Abi Tsabit dari Abil-Abbas dari Abdillah bin Amr, dia berkata: "Seseorang datang kepada Rasulullah saw minta izin untuk ikut berjihad, lalu beliau bersabda: "Apakah kamu mempunyai kedua orang tua? Dia berkata: "Ya" beliau bersabda: "Pada keduanya, berjuanglah". Dalam bab ini terdapat hadis dari Ibnu Abbas. Hadis ini adalah hasan sahih. Abul-Abbas adalah penyair, orang buta, serta orang dari Mekah, namanya adalah Assaib bin Farrukh.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Friday, 15 December 2023

0 Ikhlas Itu Tinggi

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Ankaboot, 2:
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2435.
Mewartakan kepada kami Abu Kuraib; mewartakan kepada kami Risydin bin Sa'ad dan 'Abdurrahman bin Al-Muharibiy dan Abu Usamah dan Ja'far bin 'Aun, dari Ibnu An'um, dia Abu Kuraib berkata: Mewartakan kepada kami Waki', dari Sufyan, dari Ibnu An'um, dari 'Imran bin 'Abdu Al-Ma'afiriy, dari 'Abdullah bin 'Amr, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya- hutang itu akan sentiasa diminta pembayarannya dari orang yang berhutang jika dia mati pada hari kiamat. Kecuali orang yang berhutang kerana tiga hal: Seseorang yang lemah kekuatannya dalam jihad fii sabilillah lalu dia berhutang untuk memperkuat dirinya dalam memerangi musuh Allah dan musuhnya; dan seseorang yang berada di samping orang muslim yang mati, sedangkan dia tidak mendapati sesuatu yang dapat dipakai untuk mengkafaninya dan menutupinya kecuali dengan hutang; dan seseorang yang takut kepada Allah atas dirinya kalau tetap membujang, lalu dia menikah kerana takut terhadap agamanya. Maka sesungguhnya Allah akan membayar hutang mereka itu pada hari kiamat". Dalam Az-Zawa-id: Dalam isnadnya 'Abdurrahman bin Ziyad bin An'um AsySyaibaniy, seorang Qadhi (hakim) dari Afrika, dia daif. Ahmad, Ibnu Ma'in dan An-Nasa-iy serta yang lain melemahkannya.

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir


Sunday, 10 December 2023

0 Jangan Pernah LupakanNya

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Israa, 80:
Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku”

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4830.
Dari Ubaidullah ibnu Umair dari Abdullah ibnu Habasyi AlKhats'afi, ketika Rasulullah saw ditanya: "Amalan-amalan apa yang paling utama?" Jawab beliau: "Iman tanpa ada keraguan di dalamnya, kemudian jihad tanpa ada pengkhianatan di dalamnya, dan haji yang mabrur."

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir


Sunday, 3 December 2023

0 Sentiasalah Mendalami Ilmu

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Mujadila, 11:
Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2785.
Maksudnya :Nasr bin Ali menceritakan kepada kami, Khalid bin Yazid Al-'Atalli memberitahukan kepada kami, dari Abu Ja'far Ar Razi, dari Ar Rabi' bin Anas, dari Anas bin Malik berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Barang siapa keluar (dari rumahnya) untuk mencari ilmu, maka dia dalam jihad di jalan Allah sehingga ia kembali".Hadis ini adalah hadis hasan gharib, dan sebahagian ahli hadis meriwayatkan hadis ini tapi tidak meriwayatkannya secara marfu'.

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir


Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates