Tuesday, 21 February 2012

0 ghairah



biasanya aku bila dapat sesuatu benda yang baru
aku akan membelek beleknya dalam jangka masa yang panjang
hinggalah aku bosan atau aku dah habis 'explore' selok belok mengenainya



begitu juga dalam beragama
kerana sememangnya dulu aku buta agama
aku tidak pernah isitqomah solat fardu yang lima waktu
aku tidak tahu pasal solat sunat tahajud iaitu
solat sunat taubat
solat sunat hajat
solat sunat tasbih
solat sunat istikarah dan
solat sunat witir

jadi apabila aku mula mengetahui pasal solat solat sunat tersebut
aku mula melakukannya tiap tiap malam
hinggakan aku boleh melakukan solat sunat tasbih tiap tiap minggu pada malam jumaat
(jika sesiapa mengetahui solat sunat tasbih ,ianya agak panjang kerana setiap kali selepas pergerakkan rukuk atau iktidal atau sujud kita mesti membaca tasbih sebanyak sembilan kali dan lima belas kali selepas bacaan surah sebelum rukuk)
aku mampu melakukan kesemuanya ketika itu

termasuk juga di siang hari solat sunat dhuha
tak ketinggalan dengan puasa isnin kamis tiap tiap minggu

malangnya aku tak dapat kekal istiqomah dengan amalan sebegitu
kerana aku lakukan bukan atas dasar ikhlas kerana ALLAH swt
aku beribadah ketika itu kerana aku ghairah
aku didorong oleh nafsu seronok sendiri
kerana terpedaya dengan tipudaya syaitan
sepatutnya aku beribadah kerana mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH swt

jadinya sekarang ini aku hendak solat sunat witir pada malam hari pun kadang kadang terbabas
dah tak ada kekuatan walaupun witir satu rakaat
aku hanya dapat istiqomah solat fardu sahaja
alhamdulillah ...aku bersyukur kerana masih juga dapat solat
puasa !
berteraburlah jawabnya sekarang ini
solat sunat dhuha pun aku dah mula tertinggal

jadi kesimpulan yang aku dapat dari apa yang aku lalui ini
kita beribadah ikhlaslah kerana ALLAH swt
beramal mengikut kemampuan dan istiqomah
bukannya mengejar kuantiti tapi kualiti tiada
dan yang paling penting sekali ialah
jangan sesekali lupa daripada mengingati ALLAH swt di dalam hati
dengan zikrullah atau solat



 A152

Kerana itu ,ingatlah kamu kepadaKU niscaya AKU ingat (pula) kepadamu ,dan bersyukurlah kepadaKU ,dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) KU
(Al-Baqarah 2:152)

A153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah 2:153)







Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik amal di sisi Allah ialah yang istiqamah, sekalipun sedikit.” 
(HR Bukhari dan Muslim).
Ingatlah, sedikit amal yang tetap adalah lebih utama daripada banyak amal yang terputus-putus…
wallah hualam 

inshaallah ...


Saturday, 18 February 2012

0 perumpamaan dunia

"ALLAH swt  telah mewahyukan kepada Daud as dengan firmanNya  : "Wahai Daud ,perumpamaan dunia ialah laksana bangkai di mana anjing anjing berkumpul mengelilinginya ,menyeretnya ke sana ke mari .Apakah engkau suka menjadi seekor anjing ,lalu ikut bersama mereka menyeret bangkai itu ke sana ke mari ? " Wahai Daud ! Berlemah lembutlah dalam perbicaraan dan sederhanalah dalam berpakaian .Kemasyhuran namamu di khalayak ramai tidak akan serupa selama lamanya (dengan apa apa yang diperolehi) di akhirat .

(hadis qudsi riwayat al-Madani di dalam kitabnya)

Daud yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah Nabi dan Rasul ,bapa kepada Nabi Sulaiman as yang bersambung keturunannya sehingga kepada Nabi Ibrahim al-Khalil as .

Baginda termasuk orang yang paling banyak beribadat dan bertaqarrub kepada ALLAH swt .Kerana itu Nabi saw sendiri pernah menyebut nyebut nama Nabi Daud dalam sabda sabda baginda :

"Puasa yang paling disukai ALLAH swt ialah puasa Nabi Daud dan sembahyang yang paling disukai ALLAH swt ialah sembahyang Nabi Daud .Baginda tidur setengah malam ,lalu bangun (melakukan sembahyang malam) selama satu pertiga darinya ,kemudian tidur lagi satu perenamnya .Baginda berpuasa satu hari dan berbuka satu hari (demikianlah dilakukannya sepanjang tahun) dan baginda tidak pernah undur setapak pun apabila bertemu dengan (musuhnya) ."

(hadis riwayat Syaikhan)

"Berpuasalah seperti Nabi Daud ,sesungguhnya baginda orang yang paling banyak beribadat ."

(hadis riwayat Syaikhan)

"Nabi Daud pernah berpuasa setengah tahun ."

(hadis riwayat Syaikhan)

Sebahagian doa Nabi Daud ialah :

"Ya ALLAH ! Sesungguhnya  aku memohon agar dapat mencintaiMu ,mencintai orang yang mencintaiMu ,dan beramal dengan amalan yang membolehkan aku cinta kepadaMu .Ya ALLAH jadikan cintaku kepadaMu melebihi cintaku kepada diriku ,kepada ahliku (isteri dan anak) dan kepada air yang sejuk (di saat panas terik di padang pasir) ."

(al hadis)

Di dalam al quran ALLAH swt berfirman dalam beberapa ayat tentang Nabi Daud :

A010
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!" Dan juga telah melembutkan besi baginya;
(Saba' 34:10)




A026
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
(Saad 38:26)




A055
Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.
(Al-Israa' 17:55)




Nabi Daud as ketika hidup dalam usia  seratus tahun masih segar bugar ,kuat beribadat ,berjuang dan beramal .
Perhatikan sabda Rasullallah saw 


"Tidak seorang pun makan makanan yang paling baik dari makanan hasil usaha tangannya sendiri .Sesungguhnya Nabi Daud makan makanan hasil usaha tangannya sendiri ."


(al hadis)


Lebih dari itu baginda mempunyai suara emas yang merdu seumpama buluh perindu .Ketika Nabi saw mendengar qira'at (bacaan) sahabatnya ,Abu Musa al-Asy'ari ,pada suatu tengah malam ,baginda merasa kagum ,dan ketika bertemu dengannya ,dengan spontan baginda bersabda :


"Engkau telah dikurniakan suara seruling dari seruling Nabi Daud ."


(al hadis)


ALLAH swt  memberitahu kepada Nabi Daud as dengan perantaraan Jibrail as mengenai dunia .Dunia penuh dengan syahwat ,hawa nafsu dan kesedapan yang menjijikkan .Betapa hinanya mereka yang menyalahgunakan dunia atau menyimpang dari garis yang telah ditentukan .Bagaikan anjing yang mengerumuni bangkai busuk dan berebut menariknya ke sana ke mari .


Nabi Daud diingatkan ALLAH swt agar jangan berbuat seperti anjing atau menjadi anjing yang ikut bersama sama anjing lainnya merebut bangkai busuk yang sangat jijik itu .


Dunia yang digambarkan dengan gambaran yang mejijikan itu berada dengan dekat diri kita di alam fana ini ,selalu menggangu kita dan mendorong untuk menguasai dengan cara yang tidak ada buah dan hasilnya di akhirat .Dunia seperti itu mendorong kita untuk bersenang senang dengan berbagai maksiat ,termasuk juga berfoya foya atau bermewah mewah yang berlebih lebihan .


Lawan dari dunia yang menjijikkan itu ialah kehidupan yang memberikan hasil dan natijah di akhirat .Hasil ini diperolehi melalui jalan yang telah ditetapkan ALLAH swt ,halal dimakan ,halal digunakan dan halal pula cara diperolehinya .Inilah dunia baik yang tidak dimaksudkan dalam hadis qudsi di atas .


sumber rujukkan hadis qudsi bab 32 ms 273-278





1 'comfort zone'

kehidupan di bumi malaysia yang tidak seperti negara negara lain
yang terpaksa berhempas pulas mencari sesuap nasi
terpaksa berperang untuk mempertahankan negara asal daripada dijajah dan dirampas 
malapetaka atau bencana alam pun jarang sangat berlaku





pengaruh keadaan itu juga menambahkan lagi keselesaan aku
jika dicampurkan pendapatan aku dan pendapatan isteri aku 
perbelanjaan kami sekeluarga dah mencukupi untuk tiap tiap bulan 

dengan keadaan sekarang aku dah mula menjaga solat fardu
aku sudah merasakan yang aku dah berada dalam zon selesa

zon selesa ...
kerana yalah perbelanjaan kami sekeluarga dah cukup
ibadah pun aku dah laksanakan cukup 
tanggungjawab aku pada keluarga pun terlaksana 
jadi aku menganggap bahawa aku dah berada dalam zon selesa

rupa rupanya aku salah sama sekali 
tiada istilah zon selamat dalam islam 
kerana istilah itulah yang akan membuatkan kita lalai daripada mengingati ALLAH swt 
dan hendak menigkatkan ibadah serta lama kelamaan niat keikhlasan juga akan terpesong

jika aku istiqomah dalam solat fardu 
bagaimana pula dengan solat solat sunat 
puasa isnin kamis dan dapatkah aku menjaga niat keikhlasannya kerana ALLAH swt atau ianya menjadi sekadar rutin harian 
solat atau ibadah hanya cukupkan syarat 

sepatutnya aku sentiasa kena merasakan bahawa diri aku ini masih teruk serba tak cukup
dan harus sentiasa memperbaiki  dengan memohon bantuan daripada ALLAH swt 
dari situlah akan ujud hubungan kita dengan ALLAH swt 
kerana kita sentiasa mengharapkan bantuan daripadaNYA 
dengan sentiasa memohon kepadaNYA 

wallah hualam 

inshaallah ...

Thursday, 16 February 2012

0 fitrah

aku melapangkan diri untuk memotong rumput di kawasan rumah
dengan menggunakan mesin rumput yang dipinjamkan kawan isteri aku
aku tidak ada pengalaman dalam memotong rumput menggunakan mesin rumput jenis gantung di belakang
macam biasa aku isi minyak petrol dan terus memulakan projek




pertama sekali aku menghadapi masalah hendak menghidupkan mesin rumput tersebut
melecet juga lah jari aku kerana asyik menarik ja 'starter' tu
akhirnya hidup jaga

dan aku pun memulakan pemotongan
selang tak sampai setengah jam mesin rumput tersebut mati lagi
dan kali ni tak mahu hidup lagi dah

aku dah tak reti lagi nak buat apa
akhirnya aku nampak jiran aku pun sedang memotong rumput menggunakan mesin rumput yang agak sama
aku bertanya padanya bagaimana hendak menyelesaikan masalah mesin rumput aku
katanya dia pun tak pandai
selalunya dia akan bawa ke kedai jika ada masalah pada mesin rumput beliau

tanpa melengahkan masa aku terus pergi ke kedai

dan kesimpulanya di sini
setiap pekara mesti kembali kepada fitrah

sama juga dengan kita manusia
mesti kembali kepada pencipta kita iaitu ALLAH swt
dengan mengikuti segala perintahNYA dan menjauhi segala laranganNYA
bukanya main langgar hukum hakam ALLAH swt mengikut suka hati kita

sama macam mesin rumput tadi atau apa apa mesin termasuk kenderaan
rasanya hampir semua orang tahu mengandalikan
akan tetapi bagaimanakah cara yang paling tepat atau berkesan mengendalikannya
pekara itu mestilah kita rujuk kepada yang pakar mengenainya dan tak boleh main ikut suka kita ja

sama jugalah dengan kehidupan seharian kita
bagaimana kita hendak mematuhi dan mentaati segala perintah ALLAH swt dan RASUL mengikut kaedah yang paling tepat seperti yang disampaikan oleh junjungan besar kita nabi muhammad saw
kita mestilah berguru
tidak boleh ikut semberono

marilah sama sama kita berdoa kepada ALLAH swt
dengan perbanyakkan zikir dalam hati mengingati ALLAH swt atau solat
supaya kita ditemukan dengan guru yang menyampaikan agama ALLAH swt yang paling tepat

wallah hualam

inshaallah ...

Wednesday, 15 February 2012

0 sifat bos

aku hanya seorang kuli
tetapi dalam bekerja aku berkehendak
aku mahukan jualan yang tinggi
aku mahukan pesanan dari pelanggan yang banyak
aku tak suka pesanan sampai lambat

jika dalam kehidupan pula
aku mahukan segalanya yang terbaik untuk diri aku dan keluarga
aku akan terus menghubungi pihak tertentu jika terdapat masalah pada sistem televisyen
atau talifon internet dan sebagainya kerana tidak puas hati dengan servis yang diberikan
kerana aku telah membayar perkhidmatan mereka tiap tiap bulan

akan tetapi adakah aku memikirkan
bahawa itu semua adalah sifat sifat dari ALLAH swt yang dipinjamkan kepada kita
di mana sebenarnya kita harus melaksanakan sebagai panduan dalam hidup kita seharian
untuk mengabdikan diri kepada ALLAH swt

kerana ALLAH swt mahu melihat setakat manakah kita mengutamakanNYA dan kekasihnya
atau kita hanya pentingkan diri sendiri
hanya mengutamakan kehendak diri sendiri sahaja
kehendak ALLAH swt dan RASUL diabaikan

adakah aku berkehendakkan semua pekara di atas di dalam beribadah ...
itulah persoalannya


jadi marilah kita sentiasa mengingati ALLAH swt dengan berzikir atau pun solat
mudah mudahan kita tergolong dalam golongan orang orang yang mengutamakan kehendak ALLAH swt dan RASUL



wallah hualam

inshaallah ...
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates