Monday, 10 August 2015

0 Asyik meminta sahaja



Jangan mengeluh tentang kekurangan
Jangan menjaja tentang apa yang kita tak dapat

Tetapi bersyukurlah
dengan apa yang kita dah dapat
Yang tak cukup itu hanyalah dari nafsu kita

Kuatkanlah lagi dengan keihlasan mentauhidkan Allah
Jangan sesekali pudar semangat hendak mentauhidkan Allah

Kerana aku juga begitu
Sering rasa tidak puashati dengan apa yang dikecapi
Padahal cukup sahaja segalanya
Jika direnung

Hanya nafsu yang selalu menipudaya kita
mengingkari akan perintah Allah dan Rasul


Thursday, 6 August 2015

0 batu dan besi




A049
Dan mereka berkata: "Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baharu?"


A050
Katakanlah (wahai Muhammad):" Jadilah kamu batu atau besi - 


mahukah kita menjadi batu atau besi yang tidak ada nilai di sisi ALLAH SWT ?
hanya kerana tidak mentauhidkan ALLAH dengan sebenar benar tauhid 
dan mempertikaikan akan kekuasaanNya 
tidak menjaga kebersihan hati 
lalu hati menjadi keras
keras 
tidak mahu mengikut perintah ALLAH dan RASUL

Bersihkanlah hati dengan mentauhidkan ALLAH SWT
Tanpa menyekutukanNya walau dengan apa sekali pun

Perbanyakkanlah mengingati ALLAH di dalam hati dengan perkara sunat ataupun wajib

La'illahaillalah Muhammada Rasullallah janganlah lekang dihati disamping selawat dan juga istigfar 







Monday, 3 August 2015

0 Bahtera



Surah Al-Araf, Verse 64:
فَكَذَّبُوهُ فَأَنجَيْنَاهُ وَالَّذِينَ مَعَهُ فِي الْفُلْكِ وَأَغْرَقْنَا الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا عَمِينَ

Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).
(Indonesian)

Surah Al-Araf, Verse 65:
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Aad saudara mereka, Hud. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain dari-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?"
(Indonesian)

Janganlah kita jadi seperti kaum yang Allah maksudkan pada ayat di atas
Terang terang di pelawa untuk naik bahtera dan mentauhidkan Allah SWT
Akan tetapi masih menurut hawa nafsu akal fikiran logik

Kita umat MUHAMMAD SAW ingatlah
bahawa tidak lagi di pelawa naik bahtera
Kita diberi tempoh pilihan terlalu lama
Iaitu dengan tanda tanda awal kiamat dan tanda tanda akhir kiamat

Semua tanda tanda itu telah terjadi dan sedang terjadi sekarang ini
Oleh itu jangan sampai kita tersalah membuat pilihan

Bersihkanlah hati dengan mentauhidkan ALLAH SWT
Tanpa menyekutukanNya walau dengan apa sekali pun

Perbanyakkanlah mengingati ALLAH di dalam hati dengan perkara sunat ataupun wajib

La'illahaillalah Muhammada Rasullallah janganlah lekang dihati disamping selawat dan juga istigfar 

Saturday, 1 August 2015

0 kembali



di dalam setiap permasalahan
carilah kebenaranya
barulah yang haq akan bangkit
dan yang batil akan terhapus

janganlah kita lalai daripada mengingati ALLAH SWT
tauhidlah dengan sebenar benar tanpa menyekutukanNya
hattta dengan diri kita sendiri

ikhlaslah dalam setiap perkara
mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH semata mata

sentiasa memelihara niat di dalam setiap perbuatan
kerana setiap perkara itu bermula daripada niat

dan yakinlah bahawa hanya ALLAH SWT yang berkuasa keatas setiap sesuatu
tidak ada kuasa selain ALLAH

ingatlah kepada ALLAH SWT dengan zikrullah ,solat atau ibadah sunat
perbanyakkanlah kalimah tauhid didalam hati 

Wednesday, 3 June 2015

0 tegakkan tauhid



Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. 
(Al-Israa' 17:44)


Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri RA dari Rasulullah SAW: Musa pernah berkata, “Wahai Tuhan! Ajarilah aku sesuatu yang dengannya aku senantiasa mengingati dan memohon kepadaMu.” Allah berfirman, “Wahai Musa, ucapkan Laa Ilaaha Illallah (Tiada Tuhan Selain Allah). Musa berkata, “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya seluruh hambaMu mengucapkannya.” Allah berfirman: Wahai Musa! Walau seandainya 7 langit ini dan segala yang ada di dalamnya selain Aku serta 7 lapis bumi dikumpulkan di atas satu sisi timbangan dan Laa Ilaaha Illallah diletakkan di atas sisi timbangan lainnya, maka sesungguhnya kalimat Tauhid tadi akan melebihi berat mereka.
(HR Ibn Hibban dan Al Hakim, dikatakan sahih.)

ayuh sambung dengan mentauhidkan ALLAH di dalam hati dengan penuh keikhlasan
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates