Wednesday, 22 March 2023

0 UntukNya

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Surah Al-Baqara, 183


Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Abu Mu'awiyah dan Waki', dari Al-A'masy, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Setiap amal-kebajikan Bani Adam (baca: manusia) itu dilipat gandakan. Perbuatan baik -dilipatkan dengan 10 (sepuluh) kelipatannya, sampai 700 (tujuh ratus) ganda, sampai -beberapa kali lipat yang dikehendaki Allah. Allah berkata: "Kecuali puasa. Sebab puasa adalah untuk-Ku, dan Aku-lah yang akan membalasnya. Dia meninggalkan "keperluan biologinya dan makanannya kerana Aku. Bagi orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan: (1). Kegembiraan ketika berbuka, (2). Kegembiraan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Dan sungguh berubahnya bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih baik bagi Allah daripada bau/aroma misik -minyak wangi-".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1638.

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Monday, 20 March 2023

0 Menjawab Soalan

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.

Surah Ibrahim, 27


Mewartakan kepada kami Muhammad bin Basysyar; mewartakan kepada kami Muhammad bin Ja'far; mewartakan kepada kami Syu'bah, dari 'Alqamah bin Martsad, dari Sa'ad bin 'Ubaidab, dan AlBarra-bin 'Azib, dari Nabi saw., beliau bersabda: "Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh". Al-Barra berkata: "Ayat ini turun perihal adzab kubur. Penghuni kubur akan ditanya: Siapakah Rab (Tuhan)mu?" Maka- -orang beriman tersebut- menjawab: "Tuhanku adalah Allah, dan Nabiku adalah Muhammad". Dan itulah -maksud- firman Allah pada surat ke 14 ayat 27, yang ertinya: Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akherat.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4269.


```-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.```


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Thursday, 16 March 2023

0 Iman ?

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kamudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka.” 

Surah An-Nisa, 137


Dari Abu Shalih dari Abu Hurairah ra berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Imam itu mempunyai tujuh puluh cabang lebib; seutama-utamanya iman ialah mengucapkan kalimat 'Laa ilaaha illallah', dan serendah-rendahnya ialah menyingkirkan aral dari suatu jalan. Adapun rasa malu adalah salah satu cabang dari iman."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4849

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Tuesday, 14 March 2023

0 Telah Kami Lalaikan

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.

Surah Al-Kahf, 28


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. berdiri ketika Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Besar menurunkan ayat yang ertinya: "Dan berilah peringatan kepada kaum keluarga engkau terdekat!" Lalu beliau bersabda: "Hai kaum Quraisy! (atau perkataan yang serupa dengan itu), Tebuslah dirimu! Saya tiada dapat menolongmu barang sedikit pun dari seksa Tuhan. Hai Bani Abdi Manaf! Saya tiada boleh menolongmu sedikit pun. Hai Abbas anak Abdul Muthalib! Saya tiada boleh menolongmu sedikit pun dari seksa Tuhan. "Hai Safiah, bibi Rasulullah! Saya tiada boleh menolongmu sedikit pun dari seksa Tuhan. Hai Fatimah binti Muhammad! Mintalah kepada saya harta dan saya tiada boleh menolongmu sedikit pun dari seksa Tuhan!"

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1261.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal. 


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Saturday, 11 March 2023

0 Lelaki & Perempuan Yang Beruntung

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


... laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

Surah Al-Ahzab, 35


Abu Abdullah Muhammad bin Abu Tsalaj Al-Bagdadi, teman Ahmad bin Hanbal menceritakan kepada kami, Ali bin Hafsh menceritakan kepada kami, Ibrahim bin Abdullah bin Hathib memberitahukan kepada kami, dari Abdillah bin Dinar, dari Ibnu Umar berkata :"Rasulullah SAW bersabda : "Janganlah kamu memperbanyak perkataan tanpa ingat kepada Allah, kerana sesungguhnya, banyak perkataan tanpa ingat kepada Allah itu mengeraskan hati dan sesungguhnya orang yang paling dijauhi oleh Allah adalah hati yang keras".

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2523.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal. 


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates