Wednesday, 28 August 2013

0 berbaki lebih kurang sepuluh hari lagi



berbaki lebih kurang sepuluh hari lagi
untuk habiskan puasa enam
kita hanya sedia maklum tentang fadilatnya
iaitu umpama berpuasa setahun

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

tetapi kita tak pernah tahu
bahawa itulah antara penyumbang kekuatan
untuk terus beribadah selepas bulan ramadhan

bagi yang bersungguh sungguh beribadah dengan keikhlasan
pada malam malam ramadhan yang lalu
pasti akan terasa kehilangan
kehilangan kekuatan untuk beribadah selepas habisnya ramadhan

dan kita tak pernah tahu
bahawa dengan berpuasa sunat puasa enam dan diteruskan dengan puasa isnin dan khamis
itu dapat memberikan kekuatan kepada kita untuk terus beribadah selepas habisnya ramadhan
tapi ingat
kuncinya tetap ikhlas

jika dah tahu
marilah kita sama sama tingkatkan tauhid kita kepada ALLAH SWT
dengan memperbanyakkan mengingati ALLAH samada dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas
dan janganlah kita tinggalkan kalimah tauhid
teruskanlah di dalam hati dengan zikir kalimah tauhid
la'illah ha'illallah muhammada rasullallah

kerana islam pasti bangkit
kebangkitan islam di akhir zaman itu pasti berlaku
cuma atas kitalah hendak memilih
samada
hanya hendak melihat sahaja kebangkitan islam
atau kita ingin bersama sama
lagi sekali ingat
ikhlaslah dalam setiap perbuatan dan sentiasa menjaga niat

wallahhualam ...

in sya allah ...



Thursday, 22 August 2013

0 agenda



Ketika ini seluruh umat islam di dunia menumpu perhatian pada
krisis di Mesir dan Syria...
tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal 
sebelum beliau membuka Fasa
berikutnya...

Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan
bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan
Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara
sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah
(Iran)......bermula dengan;

-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan
Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin
"Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang
hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut
Setia Attaturk.

-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan
Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada
Zionis.

-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan
Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan
negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling
kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan
segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA
pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib
dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab
Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu
dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).

-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang
dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama
Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon
melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.

-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari
Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera
Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan
menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya
tercetusnya Armageddon dengan segera.

LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH
DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK.....

.Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat
Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI
dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......

SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? 
Semua sedia Maklum...
ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali
sebagai USA melalui sejarah panjangnya.....dan satu-satunya
lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden
terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....
Ciri-ciri Obama juga
mirip seperti yang digambarkan Rasulullah SAW mengenai lelaki
Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-
Bukhari dan At-Tabrani:

DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA
KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI
BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI
PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN
HAMPIR......!!!.

Wallahualam..

marilah kita kuatkan lagi mentauhidkan ALLAH SWT 
dengan memperbanyakkan kalimah tauhid di dalam hati dengan penuh keikhlasan
dan tidak sekali kali menyekutukanNya walau dengan apa jua sekali pun 
mudah mudahan kita dan umat islam keseluruhannya 
mendapat pertolongan dan bantuan daripada ALLAH SWT 

in sya allah ...

Monday, 5 August 2013

0 dalam sedar tetapi tak sedar sebenarnya



... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216)




Nabi Muhammad bersabda :

“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

kita ni dalam sedar pun masih tak sedar sebenarnya ,dalam sedar tapi tidur 
dalam tidur terus tak sedar diri lah jawabnya 

aku ke bandaraya baru baru ni ,dalam perjalanan aku ternampak ada kemalangan kecil antara motosikal dan teksi 
keadaan tidak mencemaskan ,kerana kelihatan penunggang motosikal masih boleh berdiri 
dan pemandu teksi itu seorang pakcik yang berkopiah putih 
tetapi agak tegang
kelihatan penunggang motosikal menendang nendang papan tanda ,mungkin ada yang tidak puas hati 
tapi motosikalnya tidaklah teruk sangat mengalami kerosakkan 
dan pakcik pemandu teksi itu kelihatan 'cool' ja ,agaknya mungkin pakcik itu tidak mampu untuk membayar kerosakkan yang dia alami pada motosikalnya ,mungkin juga pakcik tu salah dan menyebabkan kemalangan 

itulah apa yang aku alami dahulu
betapa aku cintakan dunia 
mendahulukan kehendak aku sendiri sehingga hilang pertimbangan sesama makhluk

ketika itu aku baru sahaja menukar 'sport rim' motosikal aku 
apa lagi serba tak kena lah untuk seketika 
dan ketika aku tengah seronok sendiri dengan 'sport rim' baru itu tiba tiba apabila sampai di satu simpang berdekatan kawasan hospital ,seorang jururawat yang sudah agak berumur tiba tiba keluar dari simpang .
padahal dia nampak aku dan aku pun nampak dia ,entah kenapa aku pun tak tahu ,apabila aku sampai betul betul depan motosikal dia ,dia pun jalan dan merempuh aku 

apa lagi ,berdentumlah 
malangnya aku dengan bingkas mendapatkan motosikal aku dahulu
bukannya aku hendak tolong makcik jururawat tu ,aku terperasan yang 'sport rim' aku patah 
melentinglah aku di buatnya 
dengan tanpa rasa balas kesian aku menyoal makcik jururawat itu ,bagaimana dengan kerosakkan yang aku alami .aku mahu makcik jururawat itu menanggung kerosakkan yang aku alami kerana secara terang terangan dia melanggar aku 

sebenarnya pada duniawi 
memang makcik jururawat itu bersalah 
akan tetapi 
setakat manakah aku mengingati ALLAH SWT di dalam kehidupan aku seharian 
adakah aku mengaitkan kejadian itu musibah daripada ALLAH atau ujian 
kerana ketika itu aku terlalu asyik dengan duniawi 
langsung aku tidak dapat pengajaran daripada kejadian itu 
malah aku berbangga dengan kawan kawan aku ,yang makcik jururawat itu menanggung segala kos kerosakkan motosikal
subhanallah  
betapa butanya mata hati aku 

tanpa mengingati ALLAH SWT tanpa mentuhidkan ALLAH tanpa meletakkan ALLAH di kedudukkan yang paling tinggi di dalam hati kita dan tidak sama sekali menyekutukanNya 
tidak mungkin aku dapat menyedari atau mengaitkan setiap kejadian dalam kehidupan aku harus kembali kepada ALLAH SWT 

ertinya 
jika sesuatu kejadian menimpa kita 
cuba kita cari dahulu di mankah salah kita 
apakah yang telah kita lakukan sehingga ALLAH murka dan timpakan musibah kepada kita .
cubalah kita cari dengan ikhlas ,pasti akan jumpa jawapannya 
kerana kita sahaja yang tahu apa yang kita lakukan 

dan 
setelah puas kita cari 
jika  tidak ketemui jawapannya 
bererti kehidupan kita berlandaskan al quran dan hadis ,setiap perkara di dalam kehidupan kita akan mengikut kehendak ALLAH SWT dahulu daripada mengutamakan kehendak diri kita sendiri 
maknanya itu ujian daripada ALLAH
itulah bezanya antara ujian dan musibah daripada ALLAH SWT 
musibah ...
jika kehidupan kita sebaliknya 

marilah kita kuatkan lagi mentauhidkan ALLAH SWT dengan kalimah tauhid dia dalam hati kita dengan keikhlasan 
dan jangan sekali kali menduakanNya walaupun dengan apa pun 

wallahhualam

in sya allah ...

Tuesday, 30 July 2013

0 penyatuan yang bagaimana [wajib baca]



aku dikurniakan ramai anak ,alhamdulilah syukur
anak kecil aku tidak pernah merungut atau membantah jika aku atau isteri aku pakaikan dia pakaian
apa sahaja pakaian yang dipakaikan dia akan terima
tidak membantah sama sekali

lain hal pula dengan kakak kakaknya
selalu bergaduh tak pernah setuju pendapat antara satu sama lain
ada sahaja yang tak kena antara mereka berdua
dan amat jarang mereka main bersama dengan aman dan mesra

aku cuba sedaya upaya untuk mengawal keadaan dan supaya mereka dapat bersatu antara satu sama lain
ibu bapa mana yang hendak melihat anak anak mereka bertelagah sesama adik beradik
sudah pasti ingin melihat penyatuan kemesraan dan keakraban di antara anak anak mereka

malangnya
perkara inilah yang kita terlupa
terlupa hendak kaitkan kehidupan kita dengan al quran dan hadis

mari kita kembali kepada sirah 1400 tahun dahulu ...
adakah rasullahlah SAW yang menyatukan di antara sahabat sahabat baginda serta umat islam pada ketika itu ?

jika kita yakin kepada ALLAH SWT
pasti jawapannya ialah tidak ...

kerana baginda rasullallah SAW hanya menyampaikan risalah atau amanah daripada ALLAH SWT kepada sahabat sahabat beliau serta amat islam
DAN
para sahabat sahabat baginda serta umat islam melakukan atau melaksanakan bulat bulat apa yang disampaikan oleh junjungan besar kita nabi muhammad SAW
tidak berdolak dalih atau menepis dengan pelbagai alasan atau memilih mana yang sesuai dengan kehendak nafsu kita baru buat jika tidak sesuai dengan kehendak nafsu kita di tinggalkan

jadilah seperti anak kecil jika betul betul mencari rahmat dan redha ALLAH SWT
taat dan patuhlah segala perintah ALLAH dan RASUL
tinggalkan segala laranganNya

begitu juga dengan penyatuan

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(A-li'Imraan 3:103)

jelas firman ALLAH di atas 
hanya dengan berpegang pada tali agama ALLAH SWT barulah ALLAH  akan menyatukan hati hati kita 
kita tidak mampu untuk menyatukan sesama sendiri 

Untuk agama ALLAH iaitu islam itu bangkit akhir akhir zaman 
Untuk mengembalikan kegemilangan islam
Untuk menegakkan hukum dan rukun ALLAH di seluruh alam ini
Untuk menegakkan hak ALLAH dan RASUL Nya di muka bumi ini 
Untuk mengembalikan pemerintah atau kerajaan ALLAH
Untuk membebaskan ummah dari perhambaan DAJAL dan sekutunya 
dan untuk membawa ummah bagi mentauhidkan ALLAH 

Umat islam tiada pilihan lain 
iaitu  KEMBALI BERSATU bukan dengan POLITIK ,KEBANGSAAN ,KAUM ,PAKATAN atau apa jua bentuk . 
hanyalah dengan PENYETUAN HATI. 
Sebagai mana firman ALLAH dalam surah AL IMRAN ayat 103 di atas. 

Itulah kaedahnya. 
Jalan yang di kehendaki oleh ALLAH SWT. 
Dan telah dilaksanakan ,diamalkan ,dipraktikkan oleh junjungan besar kita NABI Muhammad SAW 1400 tahun dahulu tiada cara lain.
YAKINLAH.

Ukhwah 
atau kasih sayang sesama islam akan lahir di hati hati apabila hati manusia itu jinak. 
Hati akan jinak apabila seseorang itu banyak MENGINGATI ALLAH. 
Atau BERZIKIRULLAH. 

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
(Al-Ahzaab 33:41) 


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
(Al-Ahzaab 33:21)


... serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Al-Jumu'ah 62:10)


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(A-li'Imraan 3:190-191)


Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. 
(An-Nisaa' 4:103)

rujukkan zikir





Friday, 26 July 2013

0 Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.



Tersebut al-kisah. 

Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal. 

1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam KAFFIR Laknatullah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.

Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates