Tuesday 25 March 2014

0 bergantung harap


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.


Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

A002
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

A003
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

A004
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Perhatikan doa Rasulullah SAW berikut seperti yang disampaikan oleh Abdullah bin Umar RA. Ia mengatakan bahwa Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan untaian doa ini ketika pagi dan petang : " Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutuplah auratku. Lindungilah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku dari hadapanku, dari belakangku, dari sisi kananku, dari sisi kiriku, dari atasku. Aku berlindung dengan keagungan-Mu diserang dari bawahku." 
[Hadith Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah] 



Bagaimana dan setakat mana kebergantungan kita kepada ALLAH SWT 

Sentiasalah kita bermohon kepada ALLAH SWT dalam setiap permasalahan

Bagaiamana mungkin kita akan berdoa minta pertolongan kepada ALLAH SWT di dalam setiap permasalahan jika hati tidak pernah mengingati ALLAH 

Haruslah kita melazimkan hati supaya sentiasa mengingati ALLAH SWT ,natijah daripada itu barulah hati akan sentiasa bergantung harap hanya kepada ALLAH di dalam setiap ketika 

wallah hu alam 
in sya allah ...

 

Thursday 20 March 2014

0 Bacalah



Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-'Ankabuut 29:45)

di perantaraan solat fardhu dan solat sunat janganlah kita biarkan hati lalai daripada mengingati ALLAH SWT 
perbanyakanlah kalimah tauhid selawat dan istigfar dengan penuh keikhlasan di dalam hati kita setiap masa 

Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu dan Aku bersama denganya ketika ia mengingati Aku .jika ia ingat kepada Aku di dalam hatinya ,Aku ingat kepadanya di dalam hati Ku .dan jika ia ingat kepada Ku di khalayak ramai ,nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada Ku sejengkal ,Aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati Ku sehasta ,nescaya Aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada Ku berjalan ,maka Aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat Syaikhan dan Tarmizi dari Abu Hurairah ra)

berusahalah kita mentaati dan mematuhi segala perintah Allah dan Rasul semampu yang mungkin penuh keikhlasan mengharapkan rahmat dan redha ALLAH semata-mata 

Tuesday 18 March 2014

0 menitis air mata aku





bagaimana pula kita mengamalkan sunnah-sunnah Baginda Rasullallah SAW di dalam kehidupan seharian kita hari ini 
kembalilah kita kepada al quran dan hadis mengikut apa yang disampaikan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW 
tingkatkanlah tauhid kita kepada ALLAH SWT dengan memperbanyakkan kalimah tauhid di dalam hati di samping selawat dan istigfar dengan penuh keikhlasan mengharapkan rahmat dan redha ALLAH semata-mata 

Thursday 13 March 2014

0 adakah kita lalai atau dilalaikan ?




Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya. 
Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah: “Apabila Rasulullah SAW mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Tindakan Rasulullah SAW ini selaras dengan anjuran Allah yang bermaksud:
“Dan pintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat.” (Surah al-Baqarah 2: 45)
Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah SAW menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah SAW. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat, namun Baginda masih mencari kekuatan dengan solat. 
Lalu siapakah diri kita yang begitu lemah, tetapi terus angkuh daripada mendapat bantuan ALLAH menerusi solat ?
Hati yang mengingati ALLAH akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman Allah yang lain, mafhumnya: 
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13: 28)
Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup. 
Janganlah kita lalai daripada mengingati ALLAH SWT dalam situasi MH370 yang menimbulkan tanda tanya 
Sedangkan keadaan jerebu dan kemarau berpanjangan semakin ketahap kritikal .Adakah dalam masa yang sama kita masih memohon keampunan kepada ALLAH SWT di atas apa yang melanda negara kita .Adakah kita mendirikan solat sunat taubat menginsafi di atas kelalaian kita tidak menunaikan hak-hak ALLAH atau memperbanyakan istigfar ? .Bagaimana pula solat kita ,adakah sekadar solat cukupkan syarat atau solat yang benar-benar menyembah ALLAH dengan merendahkan hati kepada ALLAH SWT mengharapkan hanya rahmat dan redha dariNya .
  • Dia bertanya, “Kabarkanlah kepadaku tentang ihsan?” Baginda menjawab, “Kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak melihat-Nya maka yakinlah sesungguhnya Dia melihatmu.”
  • sumber hadis jibril klik 

"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai- sungai". (Nuh 71: 10-12)

Aku mengajak diri aku sendiri dan pembaca blog MK ,esakanlah ALLAH SWT janganlah sekutukaNya dengan apa sekali pun hatta dengan diri kita sendiri 
Yakinlah bahawa hanya ALLAH yang berkuasa keatas sesuatu ,jadi marilah kita perbanyakkan istigfar mohon keampunan kepada ALLAH SWT dengan merendahkan hati kepadaNYa dan mengharapkan pertolongan hanya dariNya 
Kembalilah kepada al quran dan hadis mengikut sepertimana yang disampaikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW ,bukanya mengikut kehendak diri kita ,yang mana kita suka kita ikut dan yang mana kita tak suka kita tinggalkan .

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an danSunnahku. khutbah haji wida' klik

Tuesday 11 March 2014

0 percaya kepada janji siapa



Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. 

aku sendiri masih tertipu dengan bisikan syaitan 
sedangkan janji syaitan itu hanya tipudaya semata-mata
itulah sebabnya kenapa kita mesti sentiasa mengingati ALLAH di dalam hati 
dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang 

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

dan apabila hati kita tenang maka akan mudahlah nak selaraskan kehendak kita mengikut kehendak ALLAH dan RASUL
kerana dengan mengingati ALLAH di dalam hati setiap masa 
kita tidak berpeluang melayan yang selalu membisik-bisik di dalam hati kita 

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). 

sedangkan janji ALLAH SWT adalah benar 
dan ALLAH SWT penunai janji 
bukanya zalim 

Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar. Dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.

(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang - telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya."

akan tetapi aku sendiri masih juga tidak berkeyakinan bulat kepada ALLAH SWT dengan janji-janjiNya 
masih lagi terpedaya dengan janji manis syaitan

bagaimana kita hendak memperoleh kayakinan kepada ALLAH SWT jika kita tidak sentiasa selaraskan kehendak kita mengikut kehendak ALLAH dan RASUL dengan penuh keikhlasan

marilah sama-sama kita kembali mentauhidkan ALLAH SWT 
di dalam hati hati kita dengan memperbanyakan kalimah tauhid 
LA'ILAHA'ILLALLAH MUHAMMADA RASULLALLAH 

di samping selawat dan istigfar 

semoga keyakinan kita kepada ALLAH akan bertambah dan akan lebih warak dengan janji-janji yang bukan datangnya daripada ALLAH SWT yang selalu kita dengar










Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates