Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya.
Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah: “Apabila Rasulullah SAW mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Tindakan Rasulullah SAW ini selaras dengan anjuran Allah yang bermaksud:
“Dan pintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat.” (Surah al-Baqarah 2: 45)
Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah SAW menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah SAW. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat, namun Baginda masih mencari kekuatan dengan solat.
Lalu siapakah diri kita yang begitu lemah, tetapi terus angkuh daripada mendapat bantuan ALLAH menerusi solat ?
Hati yang mengingati ALLAH akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman Allah yang lain, mafhumnya:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’d 13: 28)
Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup.
Janganlah kita lalai daripada mengingati ALLAH SWT dalam situasi MH370 yang menimbulkan tanda tanya
Sedangkan keadaan jerebu dan kemarau berpanjangan semakin ketahap kritikal .Adakah dalam masa yang sama kita masih memohon keampunan kepada ALLAH SWT di atas apa yang melanda negara kita .Adakah kita mendirikan solat sunat taubat menginsafi di atas kelalaian kita tidak menunaikan hak-hak ALLAH atau memperbanyakan istigfar ? .Bagaimana pula solat kita ,adakah sekadar solat cukupkan syarat atau solat yang benar-benar menyembah ALLAH dengan merendahkan hati kepada ALLAH SWT mengharapkan hanya rahmat dan redha dariNya .
- Dia bertanya, “Kabarkanlah kepadaku tentang ihsan?” Baginda menjawab, “Kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak melihat-Nya maka yakinlah sesungguhnya Dia melihatmu.”
- sumber hadis jibril klik
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai- sungai". (Nuh 71: 10-12)
Aku mengajak diri aku sendiri dan pembaca blog MK ,esakanlah ALLAH SWT janganlah sekutukaNya dengan apa sekali pun hatta dengan diri kita sendiri
Yakinlah bahawa hanya ALLAH yang berkuasa keatas sesuatu ,jadi marilah kita perbanyakkan istigfar mohon keampunan kepada ALLAH SWT dengan merendahkan hati kepadaNYa dan mengharapkan pertolongan hanya dariNya
Kembalilah kepada al quran dan hadis mengikut sepertimana yang disampaikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW ,bukanya mengikut kehendak diri kita ,yang mana kita suka kita ikut dan yang mana kita tak suka kita tinggalkan .
0 comments:
Post a Comment