
Empat perkara utama halang laksana ibadat
KEIKHLASAN hati dan jiwa melakukan ibadat kepada Allah adalah kemuncak kepada kemurnian nurani seseorang untuk menghambakan diri semata-mata kerana Allah. Lantaran itulah, dalam banyak hal, Islam mengingatkan umatnya menyemaikan rasa ikhlas dan jujur dalam setiap perkara.
Keutamaan sifat ikhlas diingatkan Allah SWT kerana sifat ikhlas mampu menghalang dan mencegah diri seorang Mukmin daripada perkara yang menghalang dirinya untuk beristiqamah dalam melakukan ibadat kepada Allah SWT.
Imam al- Ghazali berkata, terdapat empat perkara besar yang selalu menjadi penghalang kepada seseorang mukmin untuk...