Sunday, 28 April 2013

0 Mendengar demikian Allah SWT pun menjawab ...




Abu Said ra. memberitakan daripada Nabi saw di mana baginda bersabda:


"(Pada suatu hari) Nabi Musa as. berdialog dengan Tuhan: 

"Wahai Tuhanku, ajarilah aku sesuatu yang dapat aku sebutkan Engkau dan aku dapat pula memohon pada Engkau, dengannya."

Nabi menyambung: "Tuhan menjawab: "Ucapkan La ilaha illallaah."

Nabi Musa as. menyambung: "Wahai Tuhanku, setiap orang hamba Engkau mengucapkan ucapan ini (sama dengan mereka).

"Allah SWT masih juga berfirman:

 "Ucapkan La ilaaha illallaah."


Nabi Musa as. menyambung sabda: "(Wahai Tuhanku) sungguhnya aku inginkan suatu ucapan yang di khususkan bagiku."


"Mendengar demikian Allah SWT pun menjawab: 

"Wahai Musa, seandainya langit langit yang tujuh dan bumi yang tujuh (lapis) diletakkan pada suatu daun neraca (timbangan) dan kalimah La ilaaha illallaah di letakkan pada suatu daun neraca, akan berat lagilah La ilaaha illallaah."

(HR An-Nasa'i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim: Shahih)

Dalam hadis lain Ibnu Abbas ra.meriwayatkan Baginda Saw bersabda: 

"Demi yang diriku ditanganNya, jika segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa yang ada diantaranya dan apa apa yang ada dibawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah 

La ilaaha illallaah di sebelah yang lain maka dacing kalimah itulah lebih berat."


Menyebut kalimah La ilaaha illallaah juga adalah untuk memperbaharui iman kita setiap masa

Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.

Friday, 26 April 2013

0 adakah itu pencarian aku ?



bezanya dahulu aku berdoa sekadar berdoa dan hanya menjadi rutin selepas solat
jika tak solat tak berdoalah jawabnya
dan tak yakin pun bahawa ALLAH akan perkenankan
meyakini ALLAH maha berkuasa keatas sesuatu adalah terlalu amat jauh pada ketika itu

sekarang apabila aku mula menyakini akan kekuasaan ALLAH SWT
sesungguhnya tiada yang berkuasa selain ALLAH di alam ini
dan betapa maha kasih dan sayangnya ALLAH SWT kepada makhluknya
walaupun hanya terlalu amat sedikit yang aku tunaikan hak hak Nya
dan cuba sedaya upaya untuk sentiasa menselaraskan kehendak aku mengikut kehendakNya
akan tetapi banyak yang aku inginkan diperkenankan ALLAH

suatu ketika dulu aku tinggal berasingan dengan anak dan isteri aku
setiap hujung minggu aku terpaksa balik ke rumah lagi satu untuk bertemu dengan mereka
dan setiap petang ahad aku terpaksa balik semula ke rumah sini kerana isninya aku bertugas
begitulah rutin aku
dalam masa yang sama aku sentiasa berdoa tak putus putus siang dan malam di tambah lagi dengan munajatnya di malam hari
alhamdulilah syukur yang amat sangat kepada ALLAH SWT
akhirnya doa aku diperkenankan setelah empat tahun kami tinggal berjauhan
kini kami sekeluarga tinggal di bawah satu bumbung

ketika itu juga sebenarnya aku inginkan lagi seorang anak
kerana dah menjadi kebiasaan aku diajar oleh pembimbing aku meminta hanya kepada ALLAH SWT
jadi aku selalu berdoa moga di murahkan rezeki dengan dikurniakan seorang lagi cahaya mata
sebelum kami mendapat berita gembira bahawa permohonan pertukaran isteri aku sudah diluluskan
kami sebelum itu mendapat berita gembira bahawa yang isteri aku baru mengandung 4minggu kalau tak salah
aku terlalu gembira dan tak henti henti bersyukur kepada ALLAH SWT
dan aku cuba dengan lebih kuat lagi selaraskan kehendak aku mengikut kehendak ALLAH
kerana aku ingin menzahirkan syukur aku kepada ALLAH dengan menunaikan dengan lebih banyak hak hakNya dan rasulNya

tidak berhenti di situ sahaja
aku inginkan seorang anak lelaki sebenarnya kerana aku sudah dikurniakan dua orang anak perempuan
begitulah selama sembilan bulan aku bukan berdoa lagi kali ini
tetapi aku menunaikan solat hajat pada tiap tiap malam
dan diperkenankan juga lagi permintaan aku
seronok tak tahu nak cakap hanya ALLAH yang tahu
satu seronok doa aku diperkenankan dan lagi satu seronok aku mendapat anak lelaki

yang menjadi persoalannya
apabila aku mendapat semua semua hal duniawi yang aku inginkan
aku dah tak tahu nak minta apa lagi kepada ALLAH SWT
aku hanya berdoa biasa biasa sahaja
aku dah tak membuat munajat khusus meminta kepada ALLAH
seperti cukup sekadar apa yang aku sudah perolehi sekarang ini

adakah itu pencarian aku ?
adakah ilmu ALLAH  itu bertepian ?
adakah aku sudah cukup bagus ?
adakah aku tidak perlukan lagi bantuan daripada ALLAH SWT ...

bodohlah aku sebenarnya
kerana ilmu ALLAH itu tak bertepian
macam macam lagi yang aku boleh mohon kepada ALLAH
bukan sekadar hal duniawi malah hal hal ukhrawi yang lebih penting
mohon diberi keikhlasan yang hak di sisi ALLAH bukannya di sisi makhluk
mohon moga diberi kesabaran
mohon diberi istiqomah dalam ibadah
mohon diberi keimanan dan yakin bulat hanya kepada ALLAH
mohon diberi kekuatan supaya dapat mengingati ALLAH setiap masa
mohon dibersihkan hati
mohon diampunkan dosa dosa dahulu sekarang dan yang akan datang
mohon dibimbing dapat menunaikan solat seperti solat nabi
mohon supaya hati tunduk hanya kepada ALLAH

akhirnya janganlah kita syirik kepada ALLAH hatta dengan diri kita sendiri
marilah kita kembali mentauhidkan ALLAH SWT dengan sebenar benar  tauhid sepertimana yang diajarkan oleh junjungan besar kita nabi Muhammad SAW
iaitu dengan memperbanyakkan kalimah tauhid di dalam hati dengan ikhlas
selalulah periksa niat amal perbuatan kita hanya kerana ALLAH SWT

wallahhualam

in sya allah ...

Sunday, 21 April 2013

0 ALLAH SWT Hairan Kepada Mereka



ALLAH SWT Hairan Kepada Mereka


Berfirman ALLAH SWT yang bermaksud :

Wahai anak Adam :

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi masih mengumpul harta

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi masih beristirehat

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya tetapi masih tenang dengannya

Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya ,tetapi jahil pada hatinya

Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air ,tetapi hatinya tidak suci

Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan aib orang lain ,tetapi lupa terhadap dirinya sendiri

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui sesungguhnya ALLAH itu mengawasinya ,tetapi masih boleh melakukan maksiat atau mengetahui sesungguhnya dia akan mati berseorangan ,akan memasuki kubur berseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia

Ketahuilah ,tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Aku ,dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusanKu .


[petikan hadis qudsi : Kitab Imam Al Ghazali : al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah]


marilah sama sama kita kembali mentauhidkan ALLAH SWT dengan sebenar benar tauhid atau tunduk  merendahkan hati hanya kepada Nya dengan ikhlas dan memperbanyakkan kalimah
LA'ILLAH HA'IL LALLALLAH MUHAMMADAR RASULLALLAH



Wednesday, 17 April 2013

0 acap kali



acap kali aku membaca al quran dan terjemahannya
apabila sampai pada ayat ancaman dari ALLAH SWT
seperti di bawah


(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah 2:81)


aku sedikit pun tak timbul rasa gentar atau takut pada ancaman dari ALLAH
sedangkan ALLAH berfirman 


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
(Al-Anfaal 8:2

bererti aku masih tidak beriman
dan puncanya ialah
aku tidak tegakkan hak hak ALLAH di dalam kehidupan aku seharian
aku masih mengutamakan  kehendak nafsu diri aku sendiri daripada
menunaikan hak hak ALLAH dan RASUL
walaupun aku menyedari bahawa apa yang lakukan itu adalah tidak selaras dengan kehendak ALLAH dan RASUL
bererti hati aku masih kuat di kuasai oleh nafsu umarah
dan keikhlasan aku di dalam menunaikan hak hak ALLAH juga masih tiada
kerana jika aku ikhlas di dalam sesuatu perkara
pasti aku ada kekuatan untuk melaksanakannya atau dapat megekang bisikkan umarah yang sentiasa hendak gagalkan apa yang diniatkan selaras dengan kehendak ALAH dan RASUL

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata : Suatu saat aku berada dibelakang Nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai budak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.


(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : Hadithnya hasan sahih). Dalam sebuah riwayat selain Turmuzi dikatakan : Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah di waktu senang, niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahwa apa yang ditetapkan luput darimu tidaklah akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu, ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran, pelepasan itu datang selepas kesukaran dan kesulitanitu akan ada bersamanya kemudahan).
janganlah sekali kali kita menyekutukan ALLAH SWT walau dengan apa sekali pun hatta dengan diri kita sendiri 
dan marilah kita periksa semula niat setiap amal perbuatan kita seharian di sampaing kita memperbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati samada dengan solat atau zikrullah dengan ikhlas 

wallahhualam 
in sya allah ...

Tuesday, 2 April 2013

0 janji manis



10 Perangkap Syaitan

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121). 

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. 

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut..
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu: 

1. Melalui sifat bohong dan angkuh 

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. 

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut 

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah. 

3. Melalui sifat takbur dan bongkak 

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23) 

4. Sifat khianat 

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. 

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat 

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain. 

6. Melalui sifat hasad 

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain 

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim). 

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri 

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal) 

9. Melalui sifat suka berangan-angan 

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya. 

10. Melalui sifat buruk sangka 

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim) 

*marilah kita perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati kita dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas tanpa menyekutukanNya walau dengan apa sekali pun 
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates