Tuesday, 25 March 2014

0 bergantung harap

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah 2:186) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak...

Thursday, 20 March 2014

0 Bacalah

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.(Al-'Ankabuut 29:45) di perantaraan solat fardhu dan solat sunat janganlah kita biarkan hati lalai daripada mengingati ALLAH SWT  perbanyakanlah kalimah tauhid selawat dan istigfar dengan penuh keikhlasan di dalam hati kita setiap masa  Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu dan Aku...

Tuesday, 18 March 2014

0 menitis air mata aku

bagaimana pula kita mengamalkan sunnah-sunnah Baginda Rasullallah SAW di dalam kehidupan seharian kita hari ini  kembalilah kita kepada al quran dan hadis mengikut apa yang disampaikan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW  tingkatkanlah tauhid kita kepada ALLAH SWT dengan memperbanyakkan kalimah tauhid di dalam hati di samping selawat dan istigfar dengan penuh keikhlasan mengharapkan rahmat dan redha ALLAH semata-mata ...

Thursday, 13 March 2014

0 adakah kita lalai atau dilalaikan ?

Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yang mendirikannya.  Diriwayatkan daripada Sayidina Huzaifah: “Apabila Rasulullah SAW mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud) Tindakan Rasulullah SAW ini selaras dengan anjuran Allah yang bermaksud: “Dan pintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat.” (Surah al-Baqarah 2: 45) Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah SAW menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah SAW. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat, namun...

Tuesday, 11 March 2014

0 percaya kepada janji siapa

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.  (Al-Baqarah 2:268)  aku sendiri masih tertipu dengan bisikan syaitan  sedangkan janji syaitan itu hanya tipudaya semata-mata itulah sebabnya kenapa kita mesti sentiasa mengingati ALLAH di dalam hati  dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang  "(Iaitu)...
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates