bacalah al quran
bacalah hadis soheh
dan baca jugalah sirah Nabi SAW
pada zaman Nabi SAW
umat ketika itu jahiliyyah
kerana belum turunya al quran
dan yang mengamalkan kitab taurat injil zabur terlalu amat sedikit
hari ini kita
al quran sudah lengkap turun dan disampaikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW
persoalannya adakah kita menghayatinya ?
cuba memahaminya dan cuba mengamalkan di dalam kehidupan seharian kita
menjadi panduan didalam setiap permasalahan
jika tidak ,kitalah jahiliyyah moden
hidup berlandaskan nafsu dan logik akal semata
mengutamakan kehendak diri sendiri daripada melaksanakan kehendak Allah dan Rasul
sepatutnya kita sentiasa selaraskan kehendak kita mengikut kehendak Allah dan Rasul
tingkatkanlah tauhid kita kepada Allah
sepertimana nabi SAW di Makah selama 13tahun hanya menyampaikan seruan tauhid
mengEsakan Allah
mengAgongkan Allah
meletakkan hanya Allah yang paling tinggi di dalam hati kita
tiada kuasa selain Allah keatas setiap sesuatu
ertinya jangan kita sesekali syirik kepada Allah
jangan sesekali kita menduakan Allah
hatta dengan diri kita sendiri
perbanyakkanlah mengingati Allah dengan solat
perbanyakkanlah mengingati Allah didalam hati dengan zikrullah
perbanyakkanlah mengingati Allah dengan perkara sunat
kuncinya ialah ikhlas
buatlah sesuatu hanya mengharapkan rahmat dan redha Allah
la'illahaill'allah muhammada rasullallah
selawat dan
istigfar
sentiasalah diulang ulang dalam hati
pastikan kita Islam bukannya jahiliyyah
"Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu. (HR Hakim);
"Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah SAW bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (HR Ahmad, Tabrani dan at-Targhib)";
"Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)"
Inn syaa Allah
0 comments:
Post a Comment