Sunday, 8 October 2017

0 Baru aku perasan



Dalam mengingati Allah di dalam hati
Apabila tiba masa nak tunaikan hak Allah
Adakah kita dapat selaraskan kehendak kita mengikut kehendak Allah

Contoh -sudah menjadi kezaliman kita berzikir di dalam hati
Apabila azan berkumandang adakah kita terus menunaikan solat atau masih menangguh
Ertinya adakah kita benar benar meletakkan Allah yang paling tinggi di dalam hati kita di dalam kehidupan kita seharian
Adakah kita sentiasa mengutamakan kehendak Allah dahulu daripada kehendak nafsu kita

Aku sendiri baru faham keadaan ini

Surah Az-Zumar, Verse 29:
ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا رَّجُلًا فِيهِ شُرَكَاءُ مُتَشَاكِسُونَ وَرَجُلًا سَلَمًا لِّرَجُلٍ هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلًا الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Allah membuat perumpamaan (yaitu) seorang laki-laki (budak) yang dimiliki oleh beberapa orang yang berserikat yang dalam perselisihan dan seorang budak yang menjadi milik penuh dari seorang laki-laki (saja); Adakah kedua budak itu sama halnya? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

Allah memberi contoh pada ayat di atas
Iaitu seorang budak yang mempunyai empat orang majikan(bos)
Dan seorang budak yang hanya mempunyai seorang sahaja majikan(bos)

Budak yang mempunyai empat orang majikan itu keliru kerana terpaksa mengikut empat arahan dalam satu masa

Akan tetapi budak yang lagi seorang yang hanya mempunyai seorang sahaja majikan
Senang nak tunaikan arahan atau perintah majikan(bos)nya kerana satu sahaja arahan yang dia dapat

Begitu juga dengan kita
Jika kita meletakkan banyak sembahan di dalam hati kita
Macam macam kita nak buat kerana nafsu nafsu yang kita sembah menyuruh kita buat mengikut bisikkannya
Dan perintah Allah akan tercicir ke bawah
Kerana kita sentiasa mengutamakan kehendak diri atau nafsu akal logik daripada mengutamakan kehendak Allah

Berbeza jika kita hanya taat dan patuh atau berpegang hanya pada Al Quran dan Hadis yang soheh
Hanya satu sahaja tujuan hidup kita iaitu kerana Allah ta'ala
Dan setiap perbuatan kita hanya menurut perintah Allah dan Rasul sahaja

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ
Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah RasulNya. 

(Hadits Shahih Lighairihi, H.R. Malik; al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nashr, Ibnu Hazm. Dishahihkan oleh Syaikh Salim al-Hilali di dalam At Ta’zhim wal Minnah fil Intisharis Sunnah, hlm. 12-13).

Tinggalkanlah syirik 

Sentiasalah mengingati Allah di dalam hati dan sentiasa selaraskan kehendak kita mengikut kehendak Allah di dalam setiap perkara






0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates