Assalamualaikum maaf lama tak update
Berkarat sikit nak mula menulis
Dah jadi kebiasaan aku pada hari jumaat akan ke masjid pada jam 12.30
Pastinya aku akan duduk d saf agak hadapan
Bukan nak riak ,cuma nak berkongsi
Wife aku 'outstation' menjadi tugasan aku kena ambil anak anak sekolah pada jumaat 'break'
Nak duduk d saf hadapan agak bermasalah kerana anak anak aku dua dua perempuan
Jadi aku duduk di saf agak belakang
Daripada sebelum bermulanya khutbah jumaat hinggalah khatib berkutbah
Aku perhatikan sahaja ada beberapa orang asyik bersembang
Langsung tak pedulikan khutbah yang bermain 'handphone' tak payah cakaplah
Kerana sebelum ini aku di saf hadapan tak pernah perasan keadaan seperti ini
Kalau kanak kanak aku tak kisahlah ,ini dah dewasa
Betapa nipinya tauhid di hati kita
Jika kita perasan sebelum bermulanya khutbah bilal akan berpesan bersandarkan hadis Nabi SAW
- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الجُمُعَةِ: أَنْصِتْ، وَالإِمَامُ يَخْطُبُ، فَقَدْ لَغَوْتَ
Maksudnya: “Jika kamu berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat: Diam dan ketika itu imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya kamu telah lagha (melakukan perkara yang sia-sia)”. [Riwayat al-Bukhari(934)]
Setakat mana kita memahami hadis di atas
Tanamlah niatlah sungguh sungguh TAUHID kan Allah dengan semampu yang mungkin
Jangan syirik kepadaNya
Jagalah solat fardhu
Jagalah zikir di dalam hati
Dengan
Kalimah tauhid
لا اله الا الله محمد رسول الله
Selawat
اللهم صل على محمد وآل محمد
Istigfar
ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ
Dan
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
apabila di timpa musibah
Kuncinya sudah pasti IKHLAS
buat sahaja kerana Allah
In syaa Allah
0 comments:
Post a Comment