Monday, 8 October 2018

0 Lemas



Ya ALLAH tolonglah aku
Jauh di sudut hati
Sungguh sungguh sangat mengharapkan hanya pertolongan dari ALLAH
Bulat ikhlas mohon pertolongan kepada ALLAH

Sheikh aku selalu memberi contoh apabila seseorang itu lemas samada di lautan atau dimana mana
Kerana tidak ada yang dapat menyelamatkan kita ketika itu
Kecuali hanya pertolongan dari ALLAH
Maka ALLAH perintahkan kayu atau apa apa yang terapung pergi kepada orang yang sedang berdoa dengan ikhlas terkapai kapai itu
Maka berpautlah orang yang berdoa dengan penuh keihlasan tadi
Maka ALLAH perintahkan lagi kepada kayu dan kepada angin supaya membawa orang yang berdoa tadi ke pantai
Terdamparlah orang yang berdoa tadi di tepi pantai sambil memeluk kayu tadi

Sebaik tersedar dari keletihan
Dengan orang sudah menerumuni dia di tepi pantai
Maka jawablah orang tadi
Mujurlah ada kayu ini yang selamatkan aku dari lemas
Terus lupa kepada ALLAH
Terus hilang keikhlasan yang bulat kepada ALLAH sebagaimana berdoa tadi di tengah laut
Terus lupa hendak syukur kepada ALLAH

Itulah kita yang di namakan manusia
Mudah lupa diri apabila senang
Waktu susah ingat ALLAH

Pastinya kita sekarang ini di akhir zaman
Sifat penting diri semakin kuat di dalam diri masing masing
Kita akan menghalalkan apa sahaja asalkan menguntungkan kita
Sifat ini akan semakin kuat di dalam kita kita

Hanya dapat dikawal dengan banyak mentauhidkan ALLAH dengan keihklasan
Jangan syirik kepadaNya

Jagalah solat fardhu
Jagalah zikir di dalan hati setiap masa
Dengan
Kalimah tauhid
لا اله الا الله محمد رسول الله

Selawat
اللهم صل على محمد وآل محمد

Istigfar
ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ

Dan apabila ditimpa musibah
Zikirlah
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

In syaa Allah
Moga terpelihara kita daripada sifat penting diri
Dan tidak reti bersyukur kepada ALLAH


0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates