بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Daripada Ibn Abbas, Ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat bagi kamu : sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang duha”
HR Ahmad No 1946
Surah Al-Hajj, Verse 37:
Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
-berusahalah melakukan ibadah korban, memadai seekor kambing
Lakukanlah kerana Allah, ikhlas dan takwa yang di pandang oleh Allah
Bagaimana nak ikhlaskan segala amal perbuatan kerana Allah
Bermula dari niat iaitu di dalam hati, tanpa melatih hati sentiasa mengingati Allah, agak susah keikhlasan muncul
Esa kanlah Allah, nafikan lah sungguh² tiada tuhan selain Allah di dalam hati, sentiasa pastikan Allah yang paling tinggi kedudukanNya di dalam hati kita
Syirikan Allah jangan sesekali
Sentiasa pastikan setiap amal perbuatan yang kita nak laksanakan adakah sesuai dengan kehendak Allah dan RasulNya atau sesuai dengan kehendak nafsu umarah.
https://t.me/dakwahakhir
0 comments:
Post a Comment