Wednesday, 13 July 2022

0 Niat di mana

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda:


“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. [Riwayat al-Bukhari (1)]


Daripada Jundub RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


“Barangsiapa yang beramal kerana sum’ah (membuat sesuatu agar orang mendengarnya) maka Allah SWT akan menjadikannya (amalan) sebagai sum’ah dan barangsiapa yang beramal kerana riyak (membuat sesuatu amalan agar orang bercakap mengenainya) maka Allah SWT menjadikannya (amalan) sebagai riyak”. [Riwayat al-Bukhari (6499)]


Firman Allah SWT:


“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya”. [al-Baniyyah:5]


-niat itu di dalam hati, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu hatta malaikat pon tidak tahu apa yang kita niatkan.Jangan tipu diri sendiri, 

Perbanyakkanlah niat2 yang baik dan cubalah semampu yang mungkin tunaikan apa yang telah di niatkan itu kerana Allah semata². 

Umarah/qarin sentiasa akan menghalang kita daripada melaksanakan perkara yang haq, 

Hanya dengan memperbanyakkan zikrullah di dalam hati penuh ikhlas setiap masa, 

In sya Allah kita pasti akan dapat menunaikan setiap apa yang telah di niatkan. 

Peliharalah solat fardhu dengan ikhlas dan jangan sesekali sekutukan/syirikkan Allah SWT 


https://t.me/dakwahakhir

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates