بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Surah Ghafir, Verse 3:
Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya. Yang mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nya-lah kembali (semua makhluk).
Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ”
(Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah)
Dari Abdullah bin Mas’ud RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan.” Seorang laki-laki bertanya, “Sesungguhnya laki-laki menyukai apabila baju dan kasutnya bagus – cantik (apakah ini termasuk kesombongan)?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai yang cantik, kesombongan itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.”
(HR Muslim No: 131)
-Sentiasalah mohon taubat pada Allah, sentiasalah istigfar di dalam hati agar Allah mengampuni dosa² kita yang lalu
Selagi tidak melakukan dosa² besar dan tidak sombong riak takbur serta sekutukan Allah SWT
Kerana sedarkah kita dahulunya jin(iblis) setaraf malaikat sudah berada di dalam syurga
*lihat surah Al Baqarah ayat 30-34
Hanya kerana sifat sombong ia di laknat oleh Allah
Jika di fikirkan logik akal pasti amal dan keikhlasan serta ilmu jin(iblis) ketika itu sangat tinggi
Sebab itu ia berada di dalam syurga sebelum di campakkam ke bumi
Kita hari ini janganlah ada sifat sombong di dalam diri, inilah yang Allah tak akan ampunkan malah mengundang kemurkaan Allah
Jadikan tabiaat dalam kehidupan kita, sentiasa kembali pada Al Quran dan Sunnah yang sebenar di dalam setiap perkara.
https://t.me/dakwahakhir
0 comments:
Post a Comment