Tuesday, 11 October 2022

0 Ajakkan Siapa Selama Ini

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Surah Al-Asr,Ayat 1-3


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. Riwayat al-Bukhari 6307


Daripada Abdillah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: “Tidaklah setiap orang daripada kamu itu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah diutuskan bersamanya qarinnya (teman) daripada kalangan jin. Mereka (Sahabat) bertanya: Adakah kamu juga wahai Rasulullah SAW?  Baginda SAW menjawab: Dan aku juga melainkan Allah telah membantuku daripada gangguannya maka aku terselamat dan tidaklah ia (qarin) mendorongku kecuali pada perkara kebaikan.” 

Riwayat Muslim 2814


(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Surah Ar-Rad,Ayat 28


 اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ

-Allah SWT sertakan qarin di dalam diri kita, sudah berapa lama kita bersama dia selama ini.

Dan bukan perkara yang mudah nak mengekang ajakkan qarin jika tidak di didik dengan agama berlandaskan Al Quran dan Hadis yang soheh.

Yang selalu berkata² di dalam diri kita, cubalah berzikir atau istigfar di dalam hati dan dengar betul², dia qarin akan diam.

Kemudian dia akan memberontak jika kita teruskan berzikir/mengingati Allah di dalam hati.

Dia qarin akan marah kerana sudah sekian lama kita mengikut cakap dan apa saja ajakkan dia, tiba² kita mengingati Allah dan tidak mahu ikut lagi ajakkan nya supaya kita kufur atau lalai kepada perintah Allah dan Rasul.

Teruskan sahaja berzikir/mengingati Allah di dalam hati dengan ikhlas, in sya Allah lama kelamaan kita akan mula terasa tenang yang tidak pernah di rasai selama ini.

Pelihara sungguh² solat fardhu dan jangan sekutukan Allah.


https://t.me/dakwahakhir

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates