Tuesday, 15 November 2022

0 Alasan Dan Jawapan

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Yusuf, Ayat 53

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.


Surah Az-Zukhruf, Ayat 36

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.


Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

“Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.”

Rujuk kitab Fath Al-Bari oleh Imam Ibn al-Hajar Al-Asqalani (8/614)


Daripada Sofiyyah binti Huyay R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya  syaitan itu bergerak di dalam diri anak-anak Adam melaui saluran darah.”

Riwayat al-Bukhari (2039)


-In sya Allah kehidupan seharian pasti akan berlandaskan Al Quran dan Hadis yang Soheh apabila hati dan diri bersih zahir batin.

Mudah mendapat petunjuk dari Allah, ertinya tidak mengikut nafsu umarah yang sentiasa mengajak supaya kufur kepada Allah.

Akan benci pada perkara² khurafat dan syirik.

Peliharalah solat fardhu dengan penuh ikhlas di samping sentiasa mengingati Allah di dalam hati dan berkata benar, jangan biasakan memberi alasan tetapi berilah jawapan. 

Kerana alasan datang dari nafsu umarah dan jawapan datang dari hati yang ikhlas. 


https://t.me/dakwahakhir

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates