Tuesday, 25 April 2023

0 Tiga Hari

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.

Surah Al-Anbiya, 92


Dari Anas bin Siriin katanya: "Aku pernah mendengar dari Abdul Malik bin Abil Minhal diberitahu oleh ayahnya bahawasanya Nabi saw pernah menyuruh orang untuk melakukan puasa tiga hari dalam sebulan, iaitu di hari-hari putih. Sabda beliau: "Berpuasa di hari-hari putih pahalanya sama dengan berpuasa satu bulan penuh".

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2390.


Kata Anas ibnu Siriin: "Aku pernah diberitahu oleh Abdul Malik ibnu Qudaamah ibnu Milhan dari ayahnya: "Rasulullah saw menyuruh kami untuk melakukan puasa di hari-hari putih, iaitu pada hari-hari ketiga belas, keempat belas dan kelima belas."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2391


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates