بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Surah Al-Kahf, 110:
Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0141.
Dari 'Ala bin Abdirahman dari ayahnya dari Abi Hurairah bahawasanya pernah Rasulullah saw bersabda: "Mahukah kalian aku beritahukan dengan sesuatu amalan yang dapat menghapuskan dosa-dosa kalian dan mengangkat darjat kalian?, iaitu menyempurnakan wuduk di saat-saat yang sulit, memperbanyak langkah ke masjid dan menunggu solat fardhu setelah mengerjakan solat fardhu. Yang sedemikian itu sama dengan pahalanya seorang yang siap-siap menghadapi di medan jihad."
-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.
Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir
0 comments:
Post a Comment