Thursday, 15 March 2012

0 Kata-kata Saidina Ali





1-Akal wanita pada kecantikannya dan kecantikan lelaki pada akalnya.

Daripada Ghiyats bin Ibrahim, daripada Jaafar As-Sodiq bin Muhammad, daripada ayahnya, daripada datuknya  berkata: Ali bin Abi Thalib berkata: Akal wanita pada kecantikannya, dan kecantikan lelaki pada akalnya.
Penjelasan: 
Kecantikan: Keelokan pada rupa tubuh dan akhlak.
Mungkin dia bermaksud: Tidak patut dilihat kepada akal wanita kerana ia sedikit. Sebaliknya cukuplah dengan kecantikannya.
Atau dia bermaksud: Akal wanita selalunya melazimi kecantikannya. 
Maksud yang pertama lebih zahir.

2-Daripada Jamil daripada Jaafar As-Sodiq bin Muhammad berkata: Amirul Mukminin Saidina Ali berkata:

Asal manusia ialah fikirannya. Akalnya ialah agamanya. Maruahnya di mana diletakkan dirinya. Hari-hari silih berganti. Manusia sama saja keturunannya daripada Adam.

Penjelasan:
Fikiran: Pati segala sesuatu dan akal. Yang dimaksudkan di sini ialah akal.
Maknanya: Kelebihan individu manusia pada kemuliaan asalnya ialah dengan akalnya, bukan dengan nasab keturunan dan harta.
Kemudian dia menerangkan bahawa akal yang menjadi punca kemuliaan itu muncul dengan memilih agama yang benar, dan dengan sempurnakan agamanya dengan iman yang sempurna.

Maruah ialah kemanusiaan. Maksudnya kemanusiaan seseorang dan kesempurnaannya dan kekurangannya dikenali bila dia meletakkan dirinya pada sesuatu perkara dan dia berpuas hati dengannya, berkenaan kesibukan, pekerjaan, kedudukan yang tinggi atau rendah.

3-Daripada Ibnu Nabatah daripada Ali bin Abu Thalib berkata: Jibril turun dari langit untuk menemui Adam (as) lalu berkata: Wahai Adam, aku diperintahkan untuk memberi kamu pilihan satu dari tiga perkara, maka pilihlah salah satu dan tinggalkan dua yang baki.
Maka Adam bertanya: Apakah tiga perkara itu, wahai Jibril? Dia menjawab: Akal, Malu dan Agama. Adam berkata: Aku pilih Akal. Lalu Jibril berkata kepada Malu dan Agama: Pergilah kamu berdua, dan dia memanggil Akal. Maka Malu dan Agama berkata: Wahai Jibril, kami diperintah supaya berada bersama Akal di mana saja ia berada.
Maka Jibril berkata: Lakukan kehendak kamu berdua. Lalu Jibril pun naik ke langit.

4-Wasiat Saidina Ali kepada anaknya, Hasan:

Wahai anakku! Tiada kemiskinan lebih bahaya dari kejahilan. Tiada kehilangan lebih bahaya dari kehilangan akal. Tiada bersendirian dan tiada kesepian lebih bahaya dari ‘Ujub. Tiada kehormatan seperti akhlak yang mulia. Tiada warak seperti menahan diri dari menceroboh perkara yang diharamkan oleh Allah. Tiada ibadat seperti berfikir pada ciptaan Allah a.w.j. 
Wahai anakku! Akal ialah teman sejati seseorang. Sifat penyayang ialah menterinya. Berlemah lembut ialah ayahnya. Sabar ialah tenteranya yang terbaik. 

5-Antara wasiatnya lagi:

Wahai anakku! Seorang yang berakal mestilah memerhatikan keadaan dirinya. Dia mestilah menjaga lidahnya dan mengenali ahli di zamannya.

Wahai anakku! Kemiskinan ialah satu bala’. Yang lebih teruk ialah sakit badan. Lebih teruk lagi ialah penyakit hati. Antara nikmat ialah harta yang banyak. Yang lebih utama dari itu ialah sihat badan. Lebih utama lagi ialah hati yang bertaqwa.

Wahai anakku! Mukmin membahagikan masanya kepada 3 masa: Pertama masa dia munajat kepada Tuhannya. Kedua masa dia menilai (muhasabah) dirinya. Ketiga masa dia menikmati perkara yang diingini oleh dirinya dan kelazatannya dalam perkara yang halal dan dipuji. 

Hendaklah Mukmin memerhatikan tiga perkara: Usaha untuk perbelanjaan hidup, langkah menuju Akhirat atau kelazatan dalam perkara yang tidak diharamkan.


Tuesday, 13 March 2012

0 Beliau digelarkan sebagai “Zunnurain”



Khalifah Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai.

Nama beliau sebenarnya ialah Uthman b. ‘Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran “al-Ghani”. Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saidina Uthman telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20 000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma.

Saidina Uthman bin Affan ra adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap wara’. Tengah malamnya tak pernah disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu untuk mengaji Al-Quran dan setiap tahun beliau menunaikan ibadah haji. Bila sedang berzikir dari matanya mengalir air mata haru. Beliau selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan umat, dermawan dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman telah melaksanakan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habasyah, dan yang kedua ke Madinah.

Beliau digelarkan sebagai “Zunnurain” yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua orang puteri Rasulullah iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Setelah Ruqayyah meninggal dunia, Rasulullah SAW telah menikahkan beliau dengan puteri Baginda iaitu Ummi Kalthum. Uthman berkahwin sebanyak 7 kali lagi selepas kematian Ummi Kalthum dan seluruh anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya yang terakhir ialah Nailah binti Furaifisha.

Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian Khalifah Umar ra yang ditikam. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah oleh jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Khalifah Umar al-Khattab ra.

Saturday, 10 March 2012

1 Inilah gambaran betapa tingginya keimanan dan ketaqwaan



Abu Bakar As-Siddiq ra pernah bertanya kepada Rasulullah saw :
"Apakah ada orang yang akan dapat masuk syurga mengikut kesemua pintu
yang ALLAH SWT sediakan?" Rasulullah saw bersabda :"Ya memang ada dan
aku mengharapkan orang itu ialah engkau ya Abu Bakar".

Jawapan Rasulullah saw itu menunjukan nama Abu Bakar akan diseru pada setiap
pintu syurga yang telah dicipyakanoleh ALLAH SWT.

Inilah gambaran betapa tingginya keimanan dan ketaqwaan Abu Bakar As siddiq ra
hampir semua sifat ketaatan yang sepatutnya ada terhadap ALLAH dan Rasul ada
dimiliki oleh Abu Bakar.Abu Bakar yang sentiasa berjihad kejalan ALLAH SWT,beliau
juga seorang abid yang tinggi martabatnya,sahabat Rasulullah dan seorang khalifah
ALLAH, terlalu banyak pengorbanan yang dilakukannya untuk agama Islam, sewajarnyalah
namanya akan diseru untuk memasuki syurga dari pintu yang di khaskan untuk golongan
seperti Abu Bakar As Siddiq ra.


 Di atas IzinNya dan RahmatNya..

Pernah suatu ketika dahulu, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq ra. menahan kesakitan akibat di patuk seekor ular apabila beliau telah bersama-sama Baginda RasulAllah saw menyembunyikan diri di gua Thur..beliau begitu sayang dan taat kpa Baginda RasulAllah saw dan tidak mahu ganggu semasa itu RasulAllah saw sedang tidur dan keletihan di atas ribanya..

Rasa panas dan ngeri yang amat sangat di atas bisa ular itu membuatkan beliau tidak dapat menahan lagi kesakitan sehinggakan tanpa di sedarinya menitis airmata beliau, namun untuk membangunkan RasulAllah saw tidak sama sekali, biarlah kesakitan itu di rasainya dan redha akan ujian dari Ilahi..betapa mulianya Abu Bakar...

Masa berlalu, dan akhirnya titisan mula airmata beliau telah jatuh di pipi Baginda RasulAllah saw, dan RasulAllah saw pun terjaga dan lantas bertanya " mengapa engkau menangis wahai Abu Bakar " ?, beliau tidak dapat menyembunyikan lagi di atas kesakitan bisa ular yang di alaminya dan terus memberitahu RasulAllah saw, yang kakinya telah di patuk ular....

Baginda RasulAllah saw terus memeriksa kakinya, dan lalu meludahi di atas telapak kaki Abu Bakar, dan di atas IzinNya dan RahmatNya..kesakitan itu tadi mula sembuh...

Kita sudah tidak berada bersama-sama RasulAllah saw saat ini, namun utk menandingi di atas rasa sayang dan taat kepada Baginda saw sepertimana para-para Sahabat dahulu, tidak terdaya kita, walaubagaimanapun Allah swt Maha Tahu, akan ada setengah golongan manusia itu terlalu rindu dan sayang teramat sayang kepada Junjungan Besar Baginda RasulAllah saw..jadi kita,.. Allah perintahkan sentiasa " Berselawat kepada RasulAllah saw dan berada di atas landasan Sunnahnya...

Friday, 9 March 2012

0 IMPIKANLAH ! ! !



IMPIKANLAH!!!

Suatu ketika Khalifah Umar berkata kepada sahabatnya: ” Impikanlah” Seorang pemuda berkata: ” Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Khalifah Umar berkata lagi: “Impikanlah”. Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Khalifah Umar berkata lagi: “Impikanlah”. Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin” Khalifah Umar pun berkata:

“Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.

Abdullah bin Mas’ud r.a juga mengatakan: “Barangsiapa di antara kalian yang ingin meneladani, hendaklah kalian meneladani para Sahabat Rasulullah saw. Kerana sesungguhnya mereka adalah ummat yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, paling sedikit bebannya dan paling lurus petunjuknya serta paling baik keadaannya. Suatu kaum yang dipilih Allah untuk menemani Nabi-Nya, untuk menegakkan agama-Nya, maka kenalilah keutamaan mereka serta ikutilah atsar-atsarnya, karana mereka berada di jalan yang lurus.” [Dikeluarkan oleh Ibnu Abdil Baar dalam kitabnya Jami’ Bayanil Ilmi wa Fadhlih II/947 no. 1810, tahqiq Abul Asybal Samir az-Zuhairy]

***Alangkah bertuahnya kira masih ada rijal(pemuda) yang berusaha meninggikan kalimah Allah dengan sepenuh jiwanya bahkan sanggup menginfakkan seluruh kehidupannya di jalan Allah. Bahkan apa lagi yang lebih baik untuk diimpikan???

Thursday, 8 March 2012

1 sumber kekuatan



A076
Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu dayaSyaitan itu adalah lemah.
(An-Nisaa' 4:76)


A120
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
(An-Nisaa' 4:120)


A139
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
(A-li'Imraan 3:139)


A016
Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu - kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain - maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali.
(Al-Anfaal 8:16)



aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

ini adalah antara sumber sumber kekuatan aku di kala aku dirundung masalah di dalam kehidupan seharian 
kerana syaitan tidak pernah putus asa menggoda kita supaya kufur kepada ALLAH swt 
tetapi kitalah yang selalu berputus harap kepada ALLAH swt  
jadi adakalanya ketika solat pun aku masih mendengar bisikan yang menghasut supaya aku berpaling daripada mentaati ALLAH dan RASUL
tidak lain dan tidak bukan 
hanya firman firman ALLAH swt dan hadis hadis lah yang dapat memberikan kekuatan  supaya aku kekal di landasan yang hak di sisi ALLAH swt dan RASULNya
caranya ialah 
bacalah al quran dan terjemahannya tiap tiap hari walaupun satu ayat 
begitu juga hadis hadis soheh
inshaallah ianya akan menjadi panduan ketika kita bermasalah di dalam kehidupan seharian 

wallahhualam

inshaallah ...
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates