Tuesday, 27 August 2024

0 Jika Tersepit

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Baqarah 2, 214

"Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan diguncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."


Daripada Mu’az bin Jabal R.A, Rasulullah SAW bersabda:

“Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya (kebaikan) menghapuskannya (kejahatan tadi). Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang baik.”

Riwayat Ahmad (5/153) dalam al-Musnad, al-Tirmizi (4/355) dalam al-Sunan


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Saturday, 24 August 2024

0 Jadilah Orang Yang Beriman

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Sad 38, 29

"Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sehat mendapat pelajaran."


Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

“Al-Quran ini adalah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

Riwayat al-Hakim


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Thursday, 22 August 2024

0 Harus Lebih Berhati-hati

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah An-Nisa' 4, 137

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman lalu kafir, kemudian beriman (lagi), kemudian kafir lagi, lalu bertambah kekafirannya, maka Allah tidak akan mengampuni mereka, dan tidak (pula) menunjukkan kepada mereka jalan (yang lurus)."


Riwayat Muslim 118

Daripada Abu Hurairah R.A, di mana Rasulullah SAW dengan tegas menyebut: 

Hendaklah kamu bersegera melakukan amalan-amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah ibarat kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Hal ini menjadikan seseorang lelaki beriman pada waktu pagi dan kufur pada waktu petang, atau beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi. Ini kerana dia menjual agamanya dengan sedikit mata benda dunia.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Monday, 19 August 2024

0 Kekal Pada Jalan AL Quran Dan Hadis Saheh

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Hud 11 ,112 

"Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertobat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat terhadap apa yang kamu kerjakan."


Kisah Sayyiduna Abdullah bin Mas’ud R.Anh

“Daripada ‘Alqamah, bahawa sekumpulan orang telah mendatangi Abdullah bin Mas’ud lalu mereka berkata: Kami mendatangi kamu untuk bertanya tentang seorang lelaki yang berkahwin dengan golongan kami, tetapi tidak membayar mahar dan Allah takdirkan kedua-duanya tidak pernah bersama (bersetubuh) sehingga lelaki itu meninggal dunia. Lalu Abdullah (Ibn Mas’ud) berkata: Aku tidak pernah ditanya mengenai suatu soalan pun yang lebih sukar semenjak kewafatan Rasulullah SAW berbanding soalan ini, maka kamu carilah orang lain selainku. (Setelah itu) mereka berulang kali menemui beliau sehingga sebulan lamanya, kemudian mereka berkata kepadanya pada akhirnya: Siapa lagi yang kami mahu bertanya jika kami tidak bertanya kepada kamu sedangkan kamu merupakan saki baki para sahabat Rasulullah SAW di negeri ini dan kami tidak ketemu (sahabat) selainmu. Lalu Ibn Mas’ud menjawab: Aku akan berikan jawapan mengenainya berdasarkan upaya ijtihadku. Sekiranya ia benar, maka ia daripada Allah. Sekiranya ia salah, maka ia daripadaku. Sedangkan Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripadanya (yakni kesalahan tersebut). Aku berpendapat bahawa dibayar ke atasnya (isteri tersebut) sebagaimana mahar wanita daripada kaumnya (seperti adik beradik dan kaum kerabatnya)… tanpa dikurangkan, tanpa dilebihkan, baginya juga harta pusaka (suaminya) dan ke atasnya iddah selama empat bulan sepuluh hari…” 

Riwayat Ibn Hibban 4101


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Friday, 16 August 2024

0 Rezeki Paling Besar

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Hadid 57, 21:

"Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai karunia yang besar."


Riwayat Muslim 2675

Hadith yang diriwayatkan daripada  Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Demi Allah, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada salah seorang kamu yang menemukan barangnya yang hilang di padang pasir. Barang siapa yang mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Barang siapa yang mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku datang kepadanya berlari.”


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates