Wednesday, 28 March 2012

0 Kelebihan Zikir Kepada Allah



Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”  Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”    Surah 7: Al A’raf,  Ayat 205

“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191

“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.”   Surah 20 Ta Ha Ayat 14

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.



Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:
   

“Dari mana kamu datang?”

Malaikat menjawab:
   

“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.  Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”

Allah s.w.t berfirman:
   

“Apakah yang mereka pohonkan.?”

Para Malaikat menjawab:
   

“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”

Allah berfirman:
   

“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”

Para Malaikat menjawab:
   

“Belum, wahai Tuhan.”

Allah berfirman:
   

“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”

Malaikat berkata lagi:
   

“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”

Allah berfirman:
   

“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”

Malaikat menjawab:
   

“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”

Allah berfirman:
   

“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”

Malaikat menjawab:
   

“Belum.”

Allah berfirman:
   

“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”

Malaikat terus berkata:
   

“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”

Allah berfirman:
   

“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”

Malaikat berkata lagi:
   

“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”

Allah berfirman:
   

“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”

Monday, 26 March 2012

0 ibadah kita di tingkatan mana




Dalam Kalam Hikmah pertama Imam Ibnu Athaillah Askandary menyebut "Sebagian tanda berpegang(manusia)atas amal,ialah kurang harapannya kepada Allah ketika terjadi kesalahan-kesalahan."


Pengertian Kalam Hikmah ini sebagai berikut:


Manusia sebagai makhluk Allah SWT ada 3 peringkat.

1. Tingkatan Al-'Ibaad.

Melakukan ibadah kepada Allah(melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang) kerana mengharapkan balasan syurga dan berbahagia di dalamnya serta terlepas dari siksaan api neraka. Memohon kebahagiaan duniawi dan ukhrawi dan diselamatan dari berbagai mala petaka baik d idunia dan di akhirat.

2. Tingkatan Al-Muridin.

Melakukan ibadah dengan maksud untuk bagaimana sampai kepadanya Allah, bagaimana agar terbuka segala sesuatu yang menutup hati mereka, semoga hati mereka dilimpahi rahsia-rahsia halus dan yang baik-baik oleh Allah SWT.

3. Tingkatan Al-'Aarifin.

Meskipun hamba-hamba Allah diperingkat ini melakukan banyak ibadah, tetapi mereka tidak melakukan ibadah bertujuan seperti kedua-dua di atas. Tidak terbayang di dalam hati mereka bahawa mereka itu beramal, tetapi hati mereka hanya tertuju bahawa Allah SWT yang berbuat segala sesuatu pada hakikatnya. Mereka tenggelam dalam lautan redha qadar Ilahi dan mereka bergantung pada tali qadha' yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Maksud berada ditingkatan pertama ialah apabila seseorang hamba itu melakukan maksiat dalam arti yang luas, seperti tidak menjalankan perintah Allah SWT, maka mengakibatkan kurang harapnya kepada Allah. Dan bila ia beramal,harapannya kepada Allah kuat dan bertamabah jika amalnya bertambah. Tetapi bila amalnya berkurang , harapnya kepada Allah juga akan menurun dan berkurang.

Berada di tingkatan Al-Muridin, jika melakukan amal ibadah,hati merasa gembira. Kerana itu maka ibadahnya yang menjadi sebab menyampaikan harapan-harapannya. tetapi apabila ibadahnya berkurang, maka akan berkurang pula harapannya kepada Allah SWT. Inilah akibat apabila kita berpegang pada amal, tetapi tidak berpegang kepada Allah.

Adapun, berada di tingkatan Al-'Aarifin, tingkatan yang mulia disisi Allah SWT, kita akan fana dan tenggelam di dalam qadar dan qadha' Allah. Hati hanya mengharap keridhaanNya dan takut padaNya. Tidak bertambah harapan kita kepada Allah dengan amal yang kita lakukan dan tidak berkurang taqwa kita kepadaNya disebabkan kesalahan yang dilakukan. Untuk sampai ketingkatan ini hanyalah dengan jalan "Mujaahadah" yakni harus memerangi hawa nafsu dengan latihan-latihan ilmu tasawuf dan mesti sentiasa mengingati Allah dalam apa jua gerak geri kita.


"Amalan berzikir perlu supaya hati tidak terpisah dengan Allah" 

Sunday, 25 March 2012

0 kekuatan hati



Assalamualaikum wbt. Satu diantara kekuatan yang Allah kurniakan kepada umat islam ialah zikrullah. Saya merasakan orang-orang islam pada hari ini tidak begitu memanafaatkan aktiviti yang amat penting ini. Dalam kitab sohih Muslim, Nabi saw pernah bersabda " Sabbaqal mufarradun " yang bermaksud "Telah mendahului mereka yang tersendiri ". Lantas Nabi memuji golongan ini. Golongan yang di gelar oleh baginda sebagai Al mufarradun. Golongan yang tersendiri. Kata Nabi mereka mendahului orang-orang lain.

Lantas para sahabat ra bertanya kepada baginda. Siapakah sebenarnya golongan Al mufarradun ini. Maka Nabi menjawab mereka ialah golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah swt. Itulah golongan istimewa yang mendapat pujian. Lantas di zaman dahulu khususnya di zaman Nabi , para sahabat dan di peringkat awal islam, zikir terutamanya zikir dengan hati ini amat diutamakan. Sebab itu ketika itu umat islam berjiwa tenang. Umat islam sentiasa di kurniakan ilham sehingga mereka mampu menghadapi masalah-masalah yang besar dan kemudiannya dapat menewaskan musuh mereka dan menegakkan empayar islam.

Mereka dapat melakukan demikian kerana mereka memperolehi kekuatan dari dalam bukan dari luar. Mereka tidak mengadu tentang orang lain berhubung dengan kesilapan diri sendiri tidak seperti kita orang islam pada hari ini. Jika berlaku apa-apa masalah pada umat islam kita dengan cepat salahkan barat, salahkan yahudi, salahkan yang itu dan ini tetapi tidak pernah salahkan diri kita sendiri yang cuai, leka, alpa, yang tidur banyak dan seumpamanya. Semuanya orang lain salah dan kita tidak pernah bersalah. Umat dahulu mereka banyak bermuhasabah tentang diri mereka sendiri. Ia benar kadangkala musuh pun memainkan peranan untuk menghancurkan islam. Itu tidak boleh kita nafikan, tetapi umat dahulu, mereka lebih banyak memberikan tumpuan tentang dalaman, diri dan kecuaian mereka sebab mereka menyedari jika mereka terus menerus cuai, mereka akan kalah.

Justeru mereka banyak berzikir, muhasabah diri sendiri, perbaikki diri mereka, akhirnya alhamdulillah Allah memberikan pertolongan dan bantuan kepada mereka. Seperti apa yang saya katakan tadi satu diantara aktiviti yang amat mereka utamakan ialah zikrullah. Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan yang di muliakan, jika kita benar-benar berzikir, memberi tumpuan kepada zikir sebagai contoh kita berkata Allah, ataupun subhanallah, mengulang-ulanginya secara berterusan mungkin sehari memakan masa 8 - 10 minit tetapi dengan penuh khusyuk. Yang paling penting yang hendak ditekankan pada pagi ini ialah zikir dengan penuh khusyuk. Bukan zikir dengan lisan tetapi mata terbeliak melihat kesana kesini. Bukan zikir dengan lidah tetapi hati menerawang kesana sini, tetapi dengan penuh khusyuk,masyaallah otak kita akan menjadi lebih cemerlang dan kemudiannya seluruh badan kita menjadi lebih baik.

Mengikut satu kajian yang di buat oleh seorang Professor daripada Harvard Medical School iaitu Professor Herbert Benson. Mereka yang meditasi, ini bahasa orang barat. Mereka tidak faham zikrullah. Mereka hanya faham meditation. Tidak mengapa sebab zikrullah yang di lakukan dengan khusyuk menyamai dan melebihi meditation. Ada yang sama tetapi sudah pasti ada yang berbeza dan malah lebih. Tapi kita sekadar nak berbincang bab meditasi untuk kita faham perubahan biologi yang berlaku dalam diri kita ketika kita berzikrullah dengan penuh khusyuk. Maka berkata Dr. Benson mereka yang bermeditasi secara mendalam, mereka sebenarnya sedang menghilangkan tekanan pada diri mereka sebab ketika meditasi yang sedang mereka lakukan otak menggunakan 17 % lebih rendah oksigen daripada biasa. Ini satu yang cukup luarbiasa. Denyutan jantung mereka juga lebih rendah daripada orang lain. Maksudnya tekanan pada jantung tidak ujud. Ketiganya otak mengeluarkan satu gelombang, gelombangnya bernama Gelombang Theta ataupun Theta Wave.

Kebiasaan jika kita sedang berfikir sekarang, kita sedang mengeluarkan Gelombang Beta, tetapi jika kita sedang berzikir dengan penuh khusyuk dan ketika itu kita melupakan kesemua apa yang berlaku diluar sana, itu yang kita maksudkan zikir yang khusyuk. Ketika itu otak kita mengeluarkan gelombang baru yang bernama Theta. Gelombang inilah gelombang ketenangan. mengikut pakar-pakar yang mengkaji ketika itulah sistem badan kita berubah. Disamping otak kita berubah dan mendapat kekuatan baru, badan kita keseluruhannya juga berubah. Antara kajian yang menarik ialah, kajian yang berkaitan dengan sistem Imiul atau sistem pertahanan badan. Mereka dapati golongan yang banyak bermeditasi mereka sebenarnya mempunyai sistem pertahanan badan yang lebih mantap daripada orang lain terutama orang yang sentiasa sibuk kesana kemari dan sentiasa sibuk hendak mengambil tahu tentang orang lain. Mereka hidup dengan jiwa yang tidak pernah tenang dan hidup dalam keadaan penuh tekanan, sistem pertahanan mereka rendah dan mereka senang di timpa penyakit. Sebaliknya orang yang banyak bermeditasi sistem pertahanan mereka mantap. Mereka jarang mendapat penyakit.

Ada satu kajian bagi wanita yang banyak berzikrullah atau bermediatasi, mereka mengeluarkan satu bahan khas yang dapat membunuh sel-sel tumbuhan yang wujud di payudara mereka. Ini satu kajian khas dan penemuannya juga kita anggap special. Ketika bermeditasi darah mengeluarkan satu bahan khas yang dapat membunuh sel-sel tumbuhan dalam payudara. Itulah kehebatan yang ada pada meditasi dan zikrullah yang dilakukan dengan penuh khusyuk ialah meditasi di tahap yang tinggi. Saya mengatakan tadi mereka yang berzikrullah menyamai orang-orang yang bermeditasi dan juga mengatasi golongan ini. Sama sebab perubahan badan yang berlaku tadi akan dirasai oleh orang bermeditasi dan zikrullah dengan khusyuk. Dimana lebihnya. Lebih kerana mereka akan mendapat ilham special. Ilham ini berpandukan janji Allah yang berbunyi " Waman ja hadu fiina lanah diyannakum subulana" " Orang yang bersungguh-sungguh membersihkan dirinya melawan hawa nafsunya, kami yakni Allah akan tunjukkan jalan-jalan kami kepada mereka. Itu yang lebih, dengan cara demikian mereka mendapat petunjuk, ilham dan juga jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi setiap hari.

Lantas tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, marilah kita sama-sama mendekati Allah dengan banyak berzikir dan sudah pastinya zikir yang paling pokok ialah solat yang dilakukan dengan khusyuk , jangan abaikannya kerana jika dilakukan kesemuanya ini dengan khusyuk, kita akan menjadi insan yang special, kita akan mendapat banyak faedah dalam diri kita sendiri dan kita akan mendapat ilham dan petunjuk daripada Allah. Jangan abaikan kekuatan ini dan kemudian mencari kekuatan yang lain. Inilah kekuatan yang paling asas yang perlu kita manafatkan insyaallah.

------------
http://www.personal.psu.edu/users/a/z/azd131/Tazkirah/KekuatanHati.htm 

Saturday, 24 March 2012

1 pekara yang dikikis sedikit demi sedikit tanpa kita sedari


- Daripada Aisyah
  Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi saw pernah kencing berdiri, maka janganlah 
  kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk. (HR al-Tirmizi, dan
  beliau berkata: Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh
  al-Albani di dalam sahih Sunan  al-Tirmizi)


- Abdullah bin munzir telah meriwayatkan bahawa rasullallah saw telah bersabda :
  "Hari jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi ALLAH swt .Ia adalah hari yang 
  lebih besar di sisi ALLAH daripada hari raya aidilfitri .Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu :
  Penciptaan Adam ,pada hari itu juga dikeluarkan Adam dari syurga 
  Pada hari itu juga Adam wafat dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba
  itu meminta sesuatu dari tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta 
  yang  haram .Pada hari itu kiamat akan terjadi  dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun
  di sisiALLAH azzajawajalla melainkan ia takut pada hari jumaat ,(tetapi) tidak langit dan tidak bumi 
  melainkan ia merasa kasih pada hari jumaat ."


- Hadis riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi
  Hari Jumaat telah dipilih oleh ALLAH swt untuk dijadikan sebagai penghulu segala hari serta hari
  yang paling utama dalam seminggu buat umat nabi Muhammad s.a.wkerana pada hari inilah
  banyak peristiwa besar telah berlakusebahagiannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis
  di atas .Selain ituhari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk
  kita semua berdoa meminta pertolongannur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.


- Daripada Abu Hurairah ra telah meriwayatkan :
  Rasullallah saw telah bersabda :
  "Sesungguhnya rasullallah saw sedang membicarakan tentang hari jumaat ,dan baginda bersabda :
  Padanya (hari jumaat) terdapat satu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(ALLAH) yang
  muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada ALLAH swt akan sesuatu ,melainkan 
  apa yang dipohonkannya itu diberikan kepadanya .Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang 
  diangkatkan"  


jadi kesimpulan di sini yang aku ingin berkongsi ialah 
betapa kita semakin meminggirkan dan tidak menitik beratkan  pekara sunah 
yang sengaja dikikis sedikit demi sedikit oleh yahudi tanpa kita sedari sebenarnya 
tandas tandas bercangkung digantikan dengan tandas duduk


di dalam menyambut malam jumaat pula kita digantikan dengan 'saturday night fever'
padahal itulah malam yang paling disukai oleh rasullallah saw untuk beribadah 
dan ALLAH swt juga menjanjikan pelbagai ganjaran bagi orang yang ikhlas pada malam itu 
setakat manakah kita masih menyambut hari khamis (puasa) dan malam jumaat 
sebagai malam yang dinanti nantikan seperti malam minggu kita hendak pergi 'clubbing'


aku berpesan kepada diri aku dan kepada pembaca 
perbanyakanlah mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikrullah dan solat dengan ikhlas
moga kita akan dapat kekuatan melaksanakan pekara pekara sunah 


wallahhualam 


inshaallah ...
  

Friday, 23 March 2012

0 10 pekara yang di pandang ringan



SEBAB HATI MATI

Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya,

"Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."

Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Dan cara untuk menghidupkan semula hati yang sudah mati 
atau cara untuk mengelakkan hati daripada mati ialah dengan 
perbanyakkan mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikirullah atau solat dan ikhlas di dalam setiap amal 

wallahhualam 

inshaallah ...
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates