Thursday, 27 October 2022

0 Kenapa bersihkan

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Ankabut, Ayat 45

"Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar keutamaannya daripada ibadah yang lain. Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." 


Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda. 


Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati .” Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599) 


Surah Al-Hijr, Ayat 29

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.


Surah Al-Baqara, Ayat 156

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. 


 إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎ 

-Kenapa mesti mengingati Allah, kenapa mesti mengingati Allah di dalam hati setiap masa.

Allah beri pinjam haqNya (roh) kepada kita dalam keadaan suci bersih, itulah amanah kita yang harus di jaga sungguh². Kebersihan hati agar kekal bersih hingga Allah mengambil semula hakNya dari kita.

Solat fardhu jadikanlah agenda utama dalam kehidupan, jangan syirikkan Allah dengan apa sekali pun dan ikhlaslah dalam setiap amal perbuatan.

Apabila di timpa musibah, perbanyakkan di dalam hati 

Innalillahiwainailairojiun 


https://t.me/dakwahakhir

Tuesday, 11 October 2022

0 Ajakkan Siapa Selama Ini

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Surah Al-Asr,Ayat 1-3


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. Riwayat al-Bukhari 6307


Daripada Abdillah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: “Tidaklah setiap orang daripada kamu itu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah diutuskan bersamanya qarinnya (teman) daripada kalangan jin. Mereka (Sahabat) bertanya: Adakah kamu juga wahai Rasulullah SAW?  Baginda SAW menjawab: Dan aku juga melainkan Allah telah membantuku daripada gangguannya maka aku terselamat dan tidaklah ia (qarin) mendorongku kecuali pada perkara kebaikan.” 

Riwayat Muslim 2814


(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Surah Ar-Rad,Ayat 28


 اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ

-Allah SWT sertakan qarin di dalam diri kita, sudah berapa lama kita bersama dia selama ini.

Dan bukan perkara yang mudah nak mengekang ajakkan qarin jika tidak di didik dengan agama berlandaskan Al Quran dan Hadis yang soheh.

Yang selalu berkata² di dalam diri kita, cubalah berzikir atau istigfar di dalam hati dan dengar betul², dia qarin akan diam.

Kemudian dia akan memberontak jika kita teruskan berzikir/mengingati Allah di dalam hati.

Dia qarin akan marah kerana sudah sekian lama kita mengikut cakap dan apa saja ajakkan dia, tiba² kita mengingati Allah dan tidak mahu ikut lagi ajakkan nya supaya kita kufur atau lalai kepada perintah Allah dan Rasul.

Teruskan sahaja berzikir/mengingati Allah di dalam hati dengan ikhlas, in sya Allah lama kelamaan kita akan mula terasa tenang yang tidak pernah di rasai selama ini.

Pelihara sungguh² solat fardhu dan jangan sekutukan Allah.


https://t.me/dakwahakhir

Thursday, 6 October 2022

0 Rugi Kerana Apa

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah An-Nisa, Verse 28:

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.


Surah Al-Baqara, Verse 152:

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.


Surah Al-Ahzab, Verse 56

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

-Jelas firman Allah manusia itu lemah, kenapa masih tidak mahu mengesakan Allah.

Perbanyakkanlah berselawat dengan penuh keikhlasan di dalam hati setiap masa. Sememangnya manusia itu lalai, jika tidak biasakan hati berzikir/mengingati Allah mana mungkin ketika kita melakukan sesuatu kita akan dapat berzikir/mengingati Allah. Itulah kerugian. 

Jangan pernah syirikkan Allah hatta dengan diri sendiri, jaga sungguh² solat fardhu. 

Setiap perkara lakukanlah hanya kerana Allah.


https://t.me/dakwahakhir

Tuesday, 27 September 2022

0 Hancur jika permulaan salah

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Maksudnya: Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua ibubapanyalah yang mencorakkanya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi.
Hadis riwayat Bukhari 1385

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.  
Surah AdzDzariyaat. Ayat 56

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bahwasanya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya, dan bahawasanya ‘Isa adalah hamba dan utusan-Nya dan kalimat-Nya yang Dia sampaikan kepada Maryam dan ruh dari-Nya, dan (dia juga bersaksi) bahawa syurga itu benar adanya dan neraka itu benar adanya, maka Allah akan memasukkan dirinya ke dalam surga berapa pun amal yang telah diperbuatnya.”
Riwayat Bukhari (3435)

لا إله إلا الله محمد رسول الله
-Segalanya bermula dari hati, bagaimana kita hendak mengajar anak² agar ikhlas hanya kepada Allah serta tidak sekutukanNya
Jika kita sendiri tidak mengamalkan di dalam kehidupan seharian.
Peliharalah solat fardhu dan cuba sedaya upaya mengerjakan ibadah sunat.
Zikrullah/mengingati Allah harus di paksa dalam hati, barulah hati akan condong kepada Allah dan mudah untuk melaksanakan segala perintah Allah & Rasul serta akan benci kepada perkara yang syirik.

https://t.me/dakwahakhir

Sunday, 18 September 2022

0 Ruginya gelojoh

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Surah Al-Hujraat, Verse 6


Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:


 Maksudnya:

Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.


 Maksudnya:

Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya.  

Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.


-Hati yang di lazimi mengingati Allah SWT, tidak menyekutukan Allah malah sentiasa memelihara solat fardhu penuh keikhlasan akan menjadi mudah apabila menerima sesuatu berita/petunjuk,

kerana petunjuk Allah itu datang dalam berbagai bentuk.

Janganlah kita terus membuat keputusan mengikut hawa nafsu. 

Orang² yang beriman sudah menjadi amalan/kebiasaan dalam kehidupan mereka, apabila mendapat sesuatu berita/petunjuk akan melakukan solat istikharah bermunajat kepada Allah adakah berita/petunjuk itu benar di sisi Allah.


https://t.me/dakwahakhir

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates