"ALLAH SWT berfirman pada hari kiamat :
"Keluarkanlah dari neraka orang yang pernah ingat kepadaKu pada suatu hari atau orang yang pernah merasa takut kepada kedudukkanKu."
(hadis qudsi riwayat Tarmizi dari Anas r.a)
Pada hari kiamat orang-orang akan ditempatkan sesuai dengan amalannya masing-masing ,di syurga atau di neraka .
ALLAH memerintahkan pada melaikat Zabaniah untuk mengeluarkan dari neraka hambaNya yang pernah beriman dan percaya kepada ALLAH sebagai Tuhan Yang Maha Esa ,atau mentauhidkanNya ,tetapi mereka mencampurkan amal soleh dengan perbuatan maksiat .Mereka berhak dimasukkan kedalam neraka terlebih dahulu sebagai hukuman kepada mereka dari kekotoran dosa .Setelah mereka suci bersih ,barulah mereka dikeluarkan dari neraka dan kemudia dimasukkan kedalam syurga .Dikeluarkan dari api neraka ini dilakukan kerana syafaat bagi orang yang diizinkan oleh ALLAH SWT atau kerana pengampunan umum daripadaNya .
Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan :"Orang yang pernah ingat akan Aku pada suatu hari " iaitu orang mukmin yang pernah mengingati ALLAH SWT pada suatu hari ,pada hari-hari yang dilaluinya ketika hidupnya ,atau pernah merasa takut pada kedudukkan ALLAH SWT .
Yang dimaksudkan dengan ingat (zikir) di sini ,ialah mengingati dengan ikhlas dan dengan niat yang benar dalam mengesakan ALLAH yang dilakukan oleh seorang mukmin .
Sedang ingatan seorang kafir dan kaum musyrikin pada ALLAH dengan lisannya sahaja ,tidak dapat dikatakan zikir dengan hati yang ikhlas dan niat yang benar .
Perhatikan sabda Nabi SAW :
"Barang siapa yang mengucapkan :"la iilaaha illallah" dengan ikhlas dari hatinya ,nescaya ia masuk syurga ."
Ynag dimaksudkan dengan khauf di sini ialah menahan nafsu dan semua anggota badannya dari melakukan segala perbuatan maksiat dengan penuh ketaatan .
Takut tanpa diiringi dengan menahan hawa nafsu dari segala perbuatan maksiat tidak termasuk dalam pengertian hadis qudsi di atas .
Hadis qudsi di atas menekankan tentang keutamaan dan kelebihan zikir dan khauf kepada ALLAH SWT .
Selanjutnya ayat-ayat al quran yang berhubung dengan "khauf" kepada ALLAH dan azabNya ,lebih dari dua puluh ayat ,di antaranya :
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
(An-Naazi'aat 79:40)
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
(An-Naazi'aat 79:41)
Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.
(A-li'Imraan 3:175)
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.
(Al-Nahl 16:50)
Semoga ALLAH memberi taufik kepada kita untuk berzikir dan hanya takut kepadaNya sahaja .Amin
sumber rujukkan hadis qudsi
keluaran victory agency
bab 38 takut kepada ALLAH m/s 317-320
0 comments:
Post a Comment