Zikir yang paling utama
-ISTIGFAR
an nur 24:31
dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH hai orang orang yang beriman semoga kamu berjaya
hud 11:3
minta ampun kepada tuhanmu dengan beristigfar dan kembali kepadanya
at tahrim 66:8
hai orang orang yang beriman ,taubatlah kamu kepada ALLAH dengan taubat yang ikhlas
abu hurairah r.a berkata saya telah mendengar rasullallah saw bersabda ,demi ALLAH sesungguhnya saya membaca istigfar dan taubat kepada ALLAH setiap hari lebih dari tujuh puluh kali -bukhari
al agharrbi yassar al muzani r.a berkata ,rasullallah saw bersabda ,hai sekalian manusia bertaubatlah kamu kepada ALLAH dan istigfar kepadanya maka sesungguh saya bertaubat setiap hari seratus kali -muslim
-SELAWAT
al ahzab 33:56
sesungguhnya ALLAH dan para malaikatnya berselawat atas nabi .hai orang beriman selawatlah atasnya dan ucaplah salam dengan salam yang sempurna
abdullah bin amr bin al as r.a meriwayatkan rasullallah saw bersabda ,barang siapa berselawat kepadaku dengan satu selawat nescaya ALLAH dan para malaikatnya berselawat keatasnya dengan sepuluh selawat -muslim
rasullallah saw bersabda ,sesungguhnya selawat terhadap nabi saw termasuk yang memberatkan timbangan-muslim
-KALIMAH TAUHID (LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADA RASULLALLAH)
sabda nabi saw ,kalau sekiranya tujuh petala langit dan bumi dan segala isinya di letakkan pada satu piring timbangan sedang kalimah tauhid di letakkan pada sebelah lain ,nescaya kalimah tauhid itu akan melebihi berat langit dan bumi
dari abu hurairah r.a sabda nabi saw ,orang yang paling bahagia mendapat syafaatku di kiamat kelak ialah orang yang mengucapkan kalimah tauhid dengan ikhlas-bukhari
sabda nabi saw ,barang siapa mengucapkan kalimah tauhid dengan ikhlas dari hatinya nescaya ia masuk syurga
ALLAH swt berfirman dalam hadis qudsi dari ali bin abi talib ,kalimah tauhid adalah benteng pertahananku ,barang siapa yang memasuki syurga ia aman dari siksaanku-hqr abu naim ibnu najjar ibnu asakir
dari muadz bin jabal nabi saw bersabda ,anak kunci syurga itu ialah itikad dan ikrar kalimah tauhid -al bazzar dan ahmad
Akhir sekali perbanyakkan mengingat ALLAH dengan istifar selawat dan kalimah tauhid dengan penuh KEIKHLASAN
kerana ALLAH SWT memerintahkan kita agar ikhlas dalam itikat dan ibadah .
Amal tanpa ikhlas itu tiada nilai di sisi ALLAH .
FIRMAN ALLAH DALAM HADIS QUDSI
Akulah sebaik baik teman.
Barang siapa mempersekutukan aku dengan yang lain dia diserahkan kepada teman itu. Wahai sekelian manusia beramallah dengan IKHLAS kerana ALLAH .
Kerana sesungguhnya ALLAH tidak menerima amal seseorang kecuali amal yang berdasarkan IKLAS kepadanya.
teruskanlah kekal berzikir di dalam hati setiap masa
wallah hualam
inshaallah ...
0 comments:
Post a Comment