
Dalam surah Al-Ankabut ayat ke-40, ALLAH SWT menjelaskan bahawa bala bencana yang ditimpakan ke atas manusia adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang manusia lakukan sendiri. Allah tidak sesekali menzalimi mereka, tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan.
Maka apa jua bala bencana yang berlaku, sama ada kemarau, runtuhan, taufan, tsunami, penyakit dan sebagainya, manusia pertama sekali wajib beriman kepada perkara-perkara ghaib yang Allah tetapkan ini dan bermuhasabah bahawa ia terhasil dari dosa-dosa manusia. Di antara cara untuk mengangkat musibah yang ditimpakan ke atas manusia sama...