Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-'Ankabuut 29:45)Aku minat bidang permotoran
aku minat motorsikal aku minat kereta
terutamanya motorsikal yang berkuasa tinggi dan juga 'sports car'
selok belok modifikasi untuk menambah kelajuan aku tidaklah tahu sangat
sehingglah aku memiliki sendiri sebuah kereta yang berkemampuan untuk dimodifikasi
dan aku diperkenalkan pula kepada seorang yang mahir dan arif dalam modifikasi kenderaan yang aku miliki
Aku menjinak-jinakan diri dan cuba mendalami ilmu kereta yang hendak ditambah kuasa kudanya
sedikit demi sedikit pengetahuan aku bertambah mengenai apa yang harus ditukar dan dipasang
dan aku secara tidak langsung mula memasang niat hendak jadikan kereta aku bertambah laju
Hari demi hari aku semakin banyak mengetahui cara-cara bagaimana hendak modifikasi enjin kereta supaya dapat ditingkatkan kuasa kudanya
angan-angan aku semakin panjang ,itu aku hendak buat ,ini aku hendak buat pada enjin kereta aku
sedangkan pendapatan aku tidaklah seberapa
jadi segala-galanya aku pendamkan
Tanpa disedari rupanya
zikir aku sudah bertukar ,bertukar daripada mengingati ALLAH
menjadi zikir mengingati enjin kereta
didalam hati aku mula liar beriktiar bagaimana hendak mendapatkan duit
supaya aku dapat apa yang dihajatkan iaitu menaiktaraf kuasa kuda enjin kereta aku
Rezeki yang sebelum ini walaupun sedikit yang ALLAH kurnikan
sentiasa cukup untuk makan dan minum kami anak beranak
tetapi sejak aku mula lari daripada paksi ikhlas mengingati ALLAH di dalam hati
segala-galanya mula celaru
Perbelanjaan bulanan kami anak beranak mula tidak cukup
hati sentiasa rasa tidak kena kerana asyik memikirkan bagaimana hendak tambah pendapatan supaya dapat apa yang di inginkan
solat pula semakin kuat ingat kepada dunia daripada kusyuk mengingati ALLAH
hati rasa seperti berzikir kerana sudah terbiasa berzikir di dalam hati
tetapi banyak beragan sebenarnya daripada mengingati ALLAH
hak-hak ALLAH semakin dipinggirkan
lebih mengutamakan kehendak diri di dalam setiap perkara
Akhirnya aku tersedar
bahawa niat asal aku hendak mencari rahmat dan redha ALLAH mula tersasar
kesanya amat ketara
hati jadi gundah gulana kerana duit tidak pernah cukup dan tidak dapat apa yang di inginkan
padahal jika benar-benar bergantung harap kepada ALLAH
pasti ALLAH akan cukupkan rezeki kita walaupun sedikit
duit sudah jadi keutamaan yang paling tinggi di dalam kehidupan
atau mula menyembah duit
Jelas pada firman ALLAH surah Al Ankabut 45
ALLAH SWT menerangkan bahawa betapa pentingnya menjaga solat
dan mengingati ALLAH ketika sedang bersolat
hanya ALLAH SWT yang paling layak kedudukan tertinggi di dalam hati kita
dan apabila hati sudah mula beralih arah mengangkat nafsu atau duit atau dunia atau apa sahaja selain ALLAH
pasti akan terjadi perkara yang keji dan mungkar di dalam kehidupan seharian kita
Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
(Al-Maaidah 5:76)kembalilah bertaubat kepada ALLAH SWT
kerana ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyanyang
Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maaidah 5:74)Ayuhlah kita tingkatkan tauhid kita kepada ALLAH SWT dengan memperbanyakkan zikir kalimah tauhid di dalam hati penuh keikhlasan
begitu juga selawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW
serta istigfar
0 comments:
Post a Comment