Tuesday, 27 May 2014

0 amanah yang terabai





UCAPAN TERAKHIR RASULULLAH SAW.
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. 
Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)




bagaimana pula dengan kita 
bagaimanakah persaksian kita kepada pesan(amanah) Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW 
jelas Rasullallah SAW menyatakan bahawasanya kita umat islam wajib menyampaikan apa yang kita faham mengenai islam agama ALLAH kepada orang lain


Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)


persoalanya ...
bagaimana kita hendak menyampaikan 
jika kita sendiri tidak mengamalkan al quran dan sunnah di dalam kehidupan seharian 
kerana jika berkata-kata akan tetapi kita tidak melaksanakanya ,itu sudah tergolong orang-orang munafik
dan tempat orang-orang munafik itu adalah di neraka paling bawah 

Telah menceritakan kepada kami Qabishah bin ‘Uqbah berkata : telah menceritakan kepada kami Sofyan dari al-‘Amsy dari Abdullah bin Murrah dari Masruq dari Abdullah bin Amr ra. berkata Rasulullah saw. bersabda : ada empat perkara yang barangsiapa (empat perkara ini) terdapat pada dirinya secara lengkap, maka dia itulah orang munafik yang sesungguhnya. Dan barangsiapa yang terdapat padanya satu perkara sifat saja, maka ia termasuk munafik juga, hingga ditinggalkan sifat yang satu ini. (empat perkara itu) ialah : (1) apabila ia dipercaya ia berkhianat, (2) apabila berkata ia berdusta, (3) apabila berjanji ia ingkar, (4) apabila berdebat ia melampaui batas 
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmudzi dan al-Nasa’i). 

firman ALLAH SWT mengenai tempat orang-orang munafik 

"SESUNGGUHNYA ORANG2 MUNAFIK ITU DITEMPATKAN pada tingkat yang paling bawah dari neraka... Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.." 
(Surah An Nisaa' ayat 145)


marilah kita kembali mentauhidkan ALLAH SWT di dalam diri-diri kita dahulu
tauhidlah dengan sebenar-benar tauhid 
sepertimana yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW 
iaitu tidak menyekutukan ALLAH SWT dengan apa sahaja hatta dengan diri kita sendiri 
tinggikan kedudukan ALLAH di dalam hati kita 
dengan memperbanyakan kalimah tauhid 
LAA ILLAHA ILL LALLAH MUHAMMADA RASULLALAH 

setiap ketika setiap saat ...
gemakanlah hati kita dengan kalimah tauhid 
in sya ALLAH sedikit demi sedikit kedudukan ALLAH SWT di dalam hati kita akan terlonjak naik keatas 
mengatasi segalanya apa sahaja yang kita cintai selama ini yang selalu kita agung-agungkan di dalam hati kita 


dan jangan di tinggalkan selawat keatas Baginda Nabi Muhammad SAW 
kerana ALLAH dan para malaikat juga berselawat keatas Baginda Nabi SAW 


“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” 
(Surah al-Ahzab: ayat 56).










Rasulullah SAW bersabda; “Tidakkah engkau beristighfar?
Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dalam sehari semalam seratus kali.” 

(Ahmad, Ibn Majah, 
Al-Darimi, Hakim, Ibn Hibban, al-Nasa’i)

Di dalam sebuah hadis sahih yang lain, Rasulullah SAW bersabda;
“Wahai manusia, taubatlah kalian kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari
seratus kali.” 
 (Muslim, Ahmad, Ibn Hibban)  




tidakah menjadi kehairanan kepada kita ?

Baginda Rasullallah SAW ialah kekasih ALLAH manusia maksom bererti bebas dari neraka 
tetapi ....
Baginda Nabi SAW tetap istigfar kepada ALLAH memohon keampunan

kedudukan kita pula bagaimana 
siapakah kita di sisi ALLAH SWT ?
jadi marilah kita pecahkan dinding kesombongan di dalam diri yang tidak mahu memohon ampun kepada ALLAH SWT 
dengan perbanyakkan istigfar di dalam hati 
semoga hati kita akan condong kepada ALLAH dan lebih bergantung harap hanya  kepada ALLAH SWT
dan dapatlah kita menyampaikan pula kepada orang tersayang 
isteri kita anak-anak kita emak ayah kita saudara mara kita 
jiran tetangga kita dan seluruh masyarakat 
 in sya ALLAH  




0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates